Langkau ke kandungan utama

Resipi Bihun Goreng Kampung Simple Tapi Sedap, Bau Tumis Pun Dah Buat Perut Lapar!

Imej
https://myresipi.com/resepi-bihun-goreng-kampung/ Kalau tengah cari resepi bihun goreng kampung yang senang nak buat tapi tetap padu rasanya, inilah dia resipi yang wajib dicuba. Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Bau tumisan pun dah buat perut berkeroncong dan tak sabar nak makan! Lagi padu kalau makan dengan keropok keping rangup! Baca juga: Resipi Nasi Goreng Daging Padu, Punyalah Sedap Sampai Masak Sekuali Pun Tak Cukup! RESEPI BIHUN GORENG KAMPUNG Bahan-bahan: 300g bihun (anggaran) 1 genggam ikan bilis * 3 ulas bawang putih* 5 biji cili padi* (kisar halus) 1 biji bawang merah (hiris nipis) 3 batang fishcake (hiris serong) 2 biji telur 2 sudu besar ibu sambal 2 sudu besar sos tiram Garam secukupnya Minyak untuk menumis (Tanda * ialah bahan untuk dikisar bersama.) Cara memasak: Rendamkan bihun hingga lembut, kemudian toskan. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur hingga hancur. ...

Resepi Kuih Bom Manis Kegemaran Anak, Rangupnya Tahan Sampai Ke Petang!

https://ift.tt/9PdBNZt

resepi kuih bom manis

Momen paling seronok bagi seorang ibu adalah apabila anak memuji kuih yang dibuat sedap. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuih Bom manis yang pasti memikat selera anak.

Kuih Bom antara kuih tradisional yang tak lapuk dek zaman. Bentuknya bulat, bersalut bijan dan apabila digigit, terasa inti manis yang meletup di dalam.

Seperti perkongsian daripada Nur Allyssia di Facebook, beliau buat resepi Kuih Bom manis dengan dua inti iaitu kacang merah dan kelapa. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuih Kaswi Gedik Sukatan Cawan, Hasil Lembut Kenyal & Wangi Gula Merah!

RESEPI KUIH BOM MANIS

resepi kuih bom manis

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • ½ cawan kentang rebus (kisar)
  • 3 sudu besar gula
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ cawan air suam (masukkan sedikit demi sedikit)
  • Bijan secukupnya untuk salutan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, rebus kentang hingga empuk, kemudian blend dengan ½ cawan air.

2. Kemudian, campurkan semua bahan dan tuang kentang kisar, uli sampai sebati.

3. Selepas itu, masukkan inti pilihan seperti kacang merah dan kelapa parut.

4. Seterusnya, salut dengan bijan dan bulatkan semula supaya bijan melekat cantik.

5. Kemudian, rehatkan doh 30 minit hingga 1 jam (boleh juga simpan dalam chiller).

6. Bagi mengelakkan kuih meletup masa goreng, masukkan semasa minyak belum terlalu panas dan gunakan api kecil.

7. Akhir sekali, goreng sampai kekuningan keemasan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Rahsia untuk buat Kuih Bom supaya rangupnya tahan lama adalah goreng sebanyak dua kali. Hasilnya, kuih akan jadi lebih rangup dan puas dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Allyssia

Baca juga: Resipi Kuih Cara Manis Guna 2 Cawan Tepung, Lembut & Manis Berlemak

The post Resepi Kuih Bom Manis Kegemaran Anak, Rangupnya Tahan Sampai Ke Petang! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan