Langkau ke kandungan utama

Resepi Sotong Goreng Kunyit Lembut & Tak Liat Kalau Ikut Petua Ini, Confirm Puas Makan!

Imej
https://ift.tt/rbwo8IH Nak sediakan lauk mudah dimasak tapi sedap, cubalah buat resepi Sotong Goreng Kunyit . Apabila dimasak dengan cara yang betul, hasilnya lembut, beraroma dan cukup rasa. Sotong Goreng Kunyit antara lauk yang sentiasa menjadi pilihan dalam menu di kedai makan. Tak kira masa dan di mana jua, ia tetap menjadi lauk terbaik dengan nasi putih. Resepi Sotong Goreng Kunyit yang dibuat oleh Mariana Abd Majid di Facebook sangat luar biasa. Hasilnya, sotong jadi lembut tak liat dan serbuk kunyit lebih sekata. Jom kita cuba! Baca juga: 5 Petua Sotong Tak Liat & Kecut Bila Masak, Ramai Tak Tahu Tips No. 3 Paling Berkesan! RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT Bahan-bahan: Sotong (ikut jumlah yang nak masak) Minyak masak Bawang putih (diketuk) Bawang holland (dihiris) Cili padi Serbuk kunyit Garam, gula dan perasa secukupnya Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, panaskan kuali dan masukkan sedikit air. Apabila mendidih, masukkan sotong. 2. Apabila air sotong sudah ke...

Lelaki Ini Kongsi Resepi Roti Tepek Warisan Opah, Kembang Elok Tanpa Guna Yis!

https://ift.tt/cj6Q5ly

resepi roti tepek

Waktu dulu setiap kali balik kampung mesti terbau wangi minyak sapi dari dapur semasa nenek sedang menyiapkan resepi Roti Tepek untuk sarapan. Nampak ringkas, tapi itulah yang buatkan ia istimewa.

Roti Tepek atau dipanggil juga sebagai Debab Nyo merupakan sejenis roti tradisional kampung yang dibuat tanpa menggunakan yis dan sangat popular di negeri Perak.

Resepi Roti Tepek oleh Fikri Hisham di Facebook katanya berasal dari arwah opah beliau sendiri dengan rasa dan cara buatnya yang masih kekal klasik. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Paling Mudah, Tak Sampai 10 Minit Sudah Siap!

RESEPI ROTI TEPEK

resepi roti tepek

Bahan-bahan doh:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 7 sudu besar minyak sapi (ghee)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air suam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan tepung gandum ke dalam bekas besar.

2. Tambahkan minyak sapi, susu pekat dan garam. Gaul rata sampai adunan jadi macam serbuk roti.

3. Kemudian, tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil uli sampai doh jadi lembut, licin dan tak melekat pada tangan.

4. Selepas itu, tutup bekas dengan kain bersih atau plastik wrap, perap semalaman supaya doh kembang cantik.

resepi roti tepek

5. Apabila sudah kembang, ambil sedikit doh dan canai sampai leper (seperti roti puri).

6. Seterusnya, bakar atas kuali leper tanpa minyak guna api sederhana. Apabila nampak doh mula naik gelembung, terbalikkan.

7. Akhir sekali, goreng dalam minyak panas penuh sampai keperangan dan menggelembung cantik, angkat dan toskan minyaknya. Siap untuk dinikmati!

Tips tambahan:

  • Pastikan minyak betul-betul panas supaya roti berkembang cantik.
  • Nak rasa lebih berlemak, boleh lebihkan sedikit minyak sapi dalam doh.

Selamat mencuba!

Sumber: Fikri Hisham

Baca juga: Cara Buat Roti Puri Tanpa Guna Yis, Dah Sejuk Pun Tetap Kembang Elok

The post Lelaki Ini Kongsi Resepi Roti Tepek Warisan Opah, Kembang Elok Tanpa Guna Yis! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan