Cucur Udang Gebu Luar Biasa, Ini Tips Supaya Adunan Tak Melekat Pada Senduk!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Selain sarapan atau minum petang, cucur juga antara menu popular untuk jualan. Apa kata, hari ini anda cuba buat sendiri di rumah dengan resipi Cucur Udang gebu pula?
Jika anda suka makan Cucur Udang, resipi ini wajib dicuba. Bukan setakat mudah, malah hasilnya memang gebu dan sedap walaupun sudah sejuk.
SuiSan Aliezsha telah kongsikan resipi Cucur Udang gebu di Facebook yang menggunakan bahan ringkas dan cara membuatnya juga cukup mudah. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Cucur Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Confirm Sedap Macam Dekat Kedai!
RESIPI CUCUR UDANG GEBU
Bahan-bahan:
- 1kg tepung gandum
- 1 paket mauripan (yis)
- Serbuk kunyit (sedikit)
- Daun kucai (dipotong pendek)
- Secubit garam
- Udang (saiz kecil atau besar ikut selera)
- Air secukupnya
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, campurkan tepung gandum, garam, mauripan dan serbuk kunyit dalam bekas besar.
2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sampai dapat adunan yang tak terlalu pekat atau cair, sedang-sedang saja.
3. Selepas itu, masukkan daun kucai dan gaul rata.
4. Seterusnya, perap adunan seketika sampai nampak mengembang.
5. Setelah itu, panaskan minyak banyak dalam kuali.
6. Rendam senduk besi sekejap dalam minyak panas sebelum ambil adunan, ini petua supaya adunan tak melekat.
7. Akhir sekali, sudukan adunan dengan senduk besi ke dalam minyak panas dan goreng sampai keperangan, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dinikmati!
Setelah buat Cucur Udang yang rangup ini, anda boleh makan dengan sos pencicah yang disukai. Jika makan bersama kuah kacang, lebih bertambah nikmatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: SuiSan Aliezsha
Baca juga: Resepi Cucur Jejari Ketam Rangup, Makan Panas-Panas Memang Layan!
The post Cucur Udang Gebu Luar Biasa, Ini Tips Supaya Adunan Tak Melekat Pada Senduk! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan