Langkau ke kandungan utama

Resipi Kek Chiffon Pandan Cara Orang Lama, Tanpa Guna Ovalette Pun Naik Gebu Elok!

https://ift.tt/9RxHVAj

kek chiffon pandan

Kalau sebut pasal kek chiffon, memang ramai yang suka kerana teksturnya yang lembut, gebu dan ringan. Salah satu variasi paling popular adalah kek chiffon pandan, yang bukan sahaja cantik berwarna hijau tetapi juga harum dengan aroma pandan segar.

Kali ini kita akan kongsikan resipi orang lama yang menarik kerana tidak menggunakan ovalette. Walaupun tanpa bahan tambahan itu, hasilnya tetap gebu, lembut dan sedap dimakan begitu sahaja.

Resipi ini juga menggunakan daun pandan segar yang dikisar bersama santan, menjadikannya lebih wangi. Bagi anda yang ingin cuba buat kek chiffon sendiri di rumah, resipi ini sangat sesuai kerana langkah-langkahnya mudah difahami.

Baca juga: Resipi Kek Butter Pelangi Yang Gebu Dan Wangi, Cantik Kejadiannya Bila Dipotong!

RESEPI KEK CHIFFON PANDAN TANPA OVALETTE

kek chiffon pandan

Bahan A:

  • 6 biji kuning telur
  • 100 gm gula kastor (pukul hingga kembang)
  • 140 ml santan
  • 115 ml minyak jagung
  • 2 sudu besar pati daun pandan (kisar 8 helai daun pandan dengan 1 sudu besar air, kemudian perah)
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil esen pandan
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan ayak:

  • 180 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
  • 2 sudu kecil baking powder

Bahan B:

  • 9 biji putih telur
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 100 gm gula kastor

Cara-cara:

  1. Satukan kuning telur dan gula kastor, pukul hingga kembang.
  2. Dalam bekas lain, satukan santan, minyak jagung, pati daun pandan, esen vanila, esen pandan dan garam. Kacau rata, kemudian masukkan ke dalam adunan kuning telur tadi. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak (tepung gandum, tepung jagung, baking powder) ke dalam adunan kuning telur. Gaul hingga rata dan tidak berbintil.
  4. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan jus lemon, kemudian pukul hingga kembang. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul hingga putih telur kental bertanduk.
  5. Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan pandan. Gaul secara “fold” dengan berhati-hati. Ulang langkah ini hingga habis putih telur, kacau perlahan sehingga sebati dan tidak kelihatan alur putih.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang chiffon berukuran 10 inci. Jangan sapu minyak pada loyang.
  7. Bakar pada suhu 170°C selama lebih kurang 55 minit di bahagian paling bawah oven. Selepas 30 minit, tutup permukaan kek dengan aluminium foil supaya bahagian atas tidak merekah.
  8. Setelah masak, keluarkan loyang dari oven dan terus terbalikkan supaya kek tergantung. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

Sumber: Ida Alina Salleh

Baca juga: Resepi Kek Batik Pandan, Bau Wangi & Lembut Berkrim Sampai Suami Puji Kata Sedap!

The post Resipi Kek Chiffon Pandan Cara Orang Lama, Tanpa Guna Ovalette Pun Naik Gebu Elok! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan