Langkau ke kandungan utama

Ikan Kerisi Masak Sos, Punyalah Sedap Sampai Keluarga Makan Tak Tinggal Kuah!

Imej
https://ift.tt/Efk3d9s Tak kira tengah hari ataupun malam, menu ikan sentiasa menjadi pilihan lauk di rumah. Paling sedap jika buat Ikan Kerisi Masak Sos seperti dalam resipi ini, hasilnya membuka selera. Ikan kerisi antara ikan kegemaran ramai kerana isinya lembut, tak terlalu hanyir dan mudah didapati. Jika pandai olah dengan kuah pekat berperisa, memang licin pinggan dibuatnya. Jom kita cuba resipi Ikan Kerisi Masak Sos yang dikongsikan oleh Masni Bahari ni. Simple sangat cara buatnya, tapi hasilnya memang nampak menyelerakan. Baca juga: Ikan Air Asam Paling Mudah, Cara Masak Ini Buat Orang Kecur Air Liur RESIPI IKAN KERISI MASAK SOS Bahan-bahan: Ikan kerisi Garam Serbuk kunyit Bawang putih Halia Cili padi merah Bawang besar Tomato Sos cili Gula , garam dan serbuk perasa secukupnya Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, lumurkan ikan kerisi dengan garam dan kunyit. 2. Goreng ikan sampai garing, kemudian ketepikan. 3. Tumis bawang putih, halia, cili padi merah, bawa...

Resipi Kek Butter Pelangi Yang Gebu Dan Wangi, Cantik Kejadiannya Bila Dipotong!

https://ift.tt/yt9vOTf

kek butter pelangi

Kalau dah biasa buat kek butter klasik, sekali-sekala seronok juga cuba versi warna-warni. Kek butter pelangi ini memang sesuai untuk minum petang, jamuan kecil, atau nak hidangkan masa potluck.

Bukan hanya rasanya lembut gebu, tapi bila dipotong nampak cantik sangat. Resipi ini mudah saja, bahan pun ringkas dan tak perlu banyak lamgkah. Bau butter dia wangi dan teksturnya lembut, sekali rasa memang tak cukup satu potong!

Baca juga: Rahsia Buat Kek Pandan Marble Yang Wangi Dan Gebu, Senang Sangat Nak Caranya!

RESIPI KEK BUTTER PELANGI

kek butter pelangi

Bahan-bahan:

  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu kecil baking powder (diayak bersama tepung)
  • Pewarna pilihan

Cara-cara membuat:

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu per satu sambil dipukul rata.
  3. Masukkan esen vanilla dan susu pekat, gaul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, gaul dengan kaedah kaup balik.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian, kemudian letakkan pewarna mengikut citarasa.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dengan cara berselang-seli setiap warna sehingga habis.
  7. Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit – 1 jam, atau sehingga masak sepenuhnya.

Kek butter pelangi ni memang nampak cantik bila dipotong, rasanya pula lemak manis dan lembut. Sesuai sangat untuk minum petang bersama teh panas.

Sumber: Nor Azliza Mohamed

Baca juga: Resipi Kek Pisang Tanpa Telur, Teksturnya Tetap Moist & Tak Kering Langsung!

The post Resipi Kek Butter Pelangi Yang Gebu Dan Wangi, Cantik Kejadiannya Bila Dipotong! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan