Langkau ke kandungan utama

Mak Pengantin Ajar Resipi Gulai Ikan Ayo Kelantan, Tak Perlu Tumis Tetap Rasa Asli

https://ift.tt/e70vYOd

gulai ikan ayo kelantan

Kenduri kahwin setiap negeri di Malaysia pasti ada lauk tradisi yang buat orang teringat-ingat. Salah satunya ialah Gulai Ikan Ayo Kelantan, punyalah sedap sampai tetamu berselera.

Gulai Ikan Ayo Kelantan atau ada juga yang memanggilnya gulai ikan kayu, mempunyai rasa lemak berkrim santan bercampur aroma rempah dan lengkuas. Sekali cuba, memang boleh jatuh hati.

Resipi yang dikongsikan oleh Syazwan Ahmad di Facebook ini sebenarnya diperoleh terus daripada mak pengantin ketika beliau berkunjung ke kenduri kahwin. Jom kita cuba!

Baca juga: Petua Masak Gulai Ikan Supaya Isi Kekal Elok, Tak Hancur Walaupun Kuah Lama Mendidih!

RESIPI GULAI IKAN AYO KELANTAN

gulai ikan ayo kelantan

Bahan-bahan:

  • Ikan Ayo Kurik (utara panggil ikan kayu putih, direbus semalaman)
  • 2 hingga 3 keping asam keping
  • 1 hingga 2 sudu besar gula nisan atau kabung
  • 1 hingga 2 inci lengkuas (ketuk sedikit)
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk santan pekat (nak lebih lemak boleh tambah lagi)
  • Kacang panjang (dipotong serong)
  • Lada solok (belah tengah)

Bahan kisar:

  • 10 tangkai cili kering (gunting, buang biji, rebus)
  • 1 hingga 2 inci lengkuas
  • 5 hingga 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan biji ketumbar
  • 2 inci kunyit hidup

*Tips: kisar bahan dengan sedikit air rebusan ikan untuk dapatkan rasa lebih padu.

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, satukan santan bersama bahan kisar ke dalam periuk.

2. Selepas itu, masak perlahan atas api sederhana sambil kacau supaya santan tak pecah minyak.

3. Masukkan garam, gula nisan dan asam keping, kemudian biarkan kuah mendidih perlahan.

4. Seterusnya, masukkan ikan ayo kurik yang telah direbus semalaman dan gaul rata.

5. Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan lada solok, kemudian masak sampai sayur layu. Siap untuk dihidang!

Gulai Ikan Ayo Kelantan ini memang sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih. Jika ikut cara orang Kelantan, paling padu apabila dijadikan sebagai lauk sarapan.

Selamat mencuba!

Sumber: Syazwan Ahmad

Baca juga: Resepi Gulai Kawah Kelantan, Lauk Kenduri Ini Buat Ramai Berselera Dengan Aromanya

The post Mak Pengantin Ajar Resipi Gulai Ikan Ayo Kelantan, Tak Perlu Tumis Tetap Rasa Asli appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan