Langkau ke kandungan utama

Ikan Kerisi Masak Sos, Punyalah Sedap Sampai Keluarga Makan Tak Tinggal Kuah!

Imej
https://ift.tt/Efk3d9s Tak kira tengah hari ataupun malam, menu ikan sentiasa menjadi pilihan lauk di rumah. Paling sedap jika buat Ikan Kerisi Masak Sos seperti dalam resipi ini, hasilnya membuka selera. Ikan kerisi antara ikan kegemaran ramai kerana isinya lembut, tak terlalu hanyir dan mudah didapati. Jika pandai olah dengan kuah pekat berperisa, memang licin pinggan dibuatnya. Jom kita cuba resipi Ikan Kerisi Masak Sos yang dikongsikan oleh Masni Bahari ni. Simple sangat cara buatnya, tapi hasilnya memang nampak menyelerakan. Baca juga: Ikan Air Asam Paling Mudah, Cara Masak Ini Buat Orang Kecur Air Liur RESIPI IKAN KERISI MASAK SOS Bahan-bahan: Ikan kerisi Garam Serbuk kunyit Bawang putih Halia Cili padi merah Bawang besar Tomato Sos cili Gula , garam dan serbuk perasa secukupnya Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, lumurkan ikan kerisi dengan garam dan kunyit. 2. Goreng ikan sampai garing, kemudian ketepikan. 3. Tumis bawang putih, halia, cili padi merah, bawa...

Ikan Bilis Murah Pun Boleh Jadi Rangup, Guna Petua Ini Dijamin Tak Liat Bila Goreng!

https://ift.tt/AigDm9V

ikan bilis murah

Kadang-kadang kita rasa serba salah nak beli ikan bilis murah. Niatnya nak berjimat, tapi bila digoreng, teskturnya masih liat walaupun dah garing. Nak makan pun jadi tak puas hati!

Sebenarnya ada cara mudah untuk selesaikan masalah ini. Rahsianya terletak pada gabungan teknik goreng dan bakar dalam oven. Bila digoreng saja kadang tak cukup, tapi bila masuk oven, ikan bilis jadi lebih rangup.

Menariknya, cara ini bukan saja buat ikan bilis menjadi lebih garing, malah boleh elakkan tekstur liat. Boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk supaya ia tahan rangup lebih lama.

Baca juga: Petua Udang Rangup, Juicy & Warna Oren Menyala Cantik, Rahsianya Mudah Saja!

PETUA GORENG IKAN BILIS MURAH, DIJAMIN RANGUP DAN TAK LIAT

ikan bilis murah

Berikut merupakan cara-caranya:

  1. Basuh ikan bilis hingga bersih, kemudian toskan airnya sehingga kering.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis yang sudah ditos tadi sehingga garing.
  3. Angkat dan masukkan ke dalam oven, bakar pada suhu 160°C selama kira-kira selama 20 minit.
  4. Masa dan suhu boleh disesuaikan mengikut jenis oven masing-masing.
  5. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Dengan cara ini, ikan bilis murah sekalipun boleh jadi rangup sempurna. Senang bila nak dijadikan lauk, kudapan atau rencah untuk masakan harian

Sumber: EnaZamri Rashid

Baca juga: Petua Bersihkan Kuali Lama ‘Legend’, Dari Hitam Legam Jadi Berkilat Macam Baru!

The post Ikan Bilis Murah Pun Boleh Jadi Rangup, Guna Petua Ini Dijamin Tak Liat Bila Goreng! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan