Langkau ke kandungan utama

Ikan Kerisi Masak Sos, Punyalah Sedap Sampai Keluarga Makan Tak Tinggal Kuah!

Imej
https://ift.tt/Efk3d9s Tak kira tengah hari ataupun malam, menu ikan sentiasa menjadi pilihan lauk di rumah. Paling sedap jika buat Ikan Kerisi Masak Sos seperti dalam resipi ini, hasilnya membuka selera. Ikan kerisi antara ikan kegemaran ramai kerana isinya lembut, tak terlalu hanyir dan mudah didapati. Jika pandai olah dengan kuah pekat berperisa, memang licin pinggan dibuatnya. Jom kita cuba resipi Ikan Kerisi Masak Sos yang dikongsikan oleh Masni Bahari ni. Simple sangat cara buatnya, tapi hasilnya memang nampak menyelerakan. Baca juga: Ikan Air Asam Paling Mudah, Cara Masak Ini Buat Orang Kecur Air Liur RESIPI IKAN KERISI MASAK SOS Bahan-bahan: Ikan kerisi Garam Serbuk kunyit Bawang putih Halia Cili padi merah Bawang besar Tomato Sos cili Gula , garam dan serbuk perasa secukupnya Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, lumurkan ikan kerisi dengan garam dan kunyit. 2. Goreng ikan sampai garing, kemudian ketepikan. 3. Tumis bawang putih, halia, cili padi merah, bawa...

Cara Buat Kuih Lompang, Ikut Sukatan Ini Confirm Jadi Cantik & Berlubang Tengah Elok!

https://ift.tt/8FdyHao

resepi kuih lompang

Resepi kuih lompang merupakan antara kuih tradisional yang digemari ramai dari dulu hingga zaman sekarang.

Kuih kecil comel ini terkenal dengan teksturnya yang lembut, manis dan ada lubang kecil di tengah.

Lebih sedap lagi kalau dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Makan satu memang tak cukup!

Paling penting, kalau ikut sukatan dan cara yang betul, hasilnya memang lembut, licin berkilat dan berlubang tengah elok.

Baca juga: Resipi Lepat Liat Nostalgia Utara, Kuih Tradisi Liat Manis Yang Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

RESEPI KUIH LOMPANG

resepi kuih lompang

Bahan-bahan:

  • 250 g tepung beras
  • 200 g gula pasir
  • 10 helai daun pandan (dikisar dengan air untuk dijadikan perahan)
  • 3 cawan air
  • Sedikit air kapur makan
  • Kelapa parut (diggaul dengan sedikit garam)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kukusan hingga mendidih.
  2. Bancuh tepung beras bersama 2 cawan air daun pandan. Gaul sebati.
  3. Masak 1 cawan air bersama gula pasir hingga mendidih.
  4. Curahkan air gula panas ke dalam bancuhan tepung tadi. Masukkan sedikit air kapur makan dan kacau rata.
  5. Tapis bancuhan untuk pastikan adunan halus tanpa ketulan.
  6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kuih lompang.
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak.
  8. Angkat, sejukkan sebentar dan hidangkan bersama kelapa parut.

Tip tambahan:

  • Pastikan air gula dituang ketika masih panas supaya tekstur kuih lebih cantik.
  • Menyapu minyak pada acuan penting untuk elakkan kuih melekat.
  • Untuk versi kuih lompang gula merah, gantikan sebahagian gula pasir dengan 100 g gula merah + 100 g gula pasir, kemudian masak seperti biasa.

Sumber: Puspa Jiman

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Gula Melaka Purple, Manisan Simple Tapi Nampak Cantik & Istimewa!

The post Cara Buat Kuih Lompang, Ikut Sukatan Ini Confirm Jadi Cantik & Berlubang Tengah Elok! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan