Langkau ke kandungan utama

Cara Buat Kuah Carbonara Tanpa Keju, Nak Jimat Boleh Guna Resipi Ini!

Imej
https://ift.tt/vjxYo7w Ramai orang suka masakan western seperti spageti carbonara. Tapi bila harga barang tak menentu, nak beli sos segera pun terasa berat. Sebenarnya, anda boleh buat sendiri kuah spaghetti carbonara di rumah. Resipi ini menggunakan bahan yang lebih murah, ringkas dan sedap. Walaupun tanpa keju atau sos segera. Walaupun tanpa keju atau sos segera, rasanya tetap berlemak berkrim dan pasti anak-anak suka. Baca juga: Resipi Spageti Aglio Olio Cheese, Cara Paling Mudah Tapi Sedap Sangat! CARA BUAT KUAH SPAGHETTI CARBONARA JIMAT TANPA KEJU Bahan-bahan: 1 sudu besar bawang putih kisar/cincang ½ sudu besar bawang merah kisar 1 tin susu cair 1 sudu besar marjerin/mentega ½ sudu kecil lada hitam 1 belah dada ayam lebih kurang segenggam (dipotong dadu) 1 sudu besar tepung jagung /gandum (dibancuh dengan sedikit air) Sedikit garam Sedikit minyak masak untuk menumis Cara memasak: Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga naik ba...

Resipi Cucur Udang Rangup Tanpa Guna Yis, Bila Goreng Berkuping Kerak Cantik!

https://ift.tt/LobNvaF

resepi cucur udang sedap

Kalau anda cari-cari resepi cucur udang sedap, inilah rahsianya. Cucur ini rangup bila panas dan tetap garing walaupun dah sejuk.

Bila digoreng terus jadi berkuping dengan kerak cantik di sekeliling. Cicah pula dengan kuah kacang atau sos, confirm bertambah selera.

Resepi ini turun-temurun dari empunya resipi, iaitu Puan Nur Amna. Cucur ini emang laku keras kalau buat jualan. Jom kita cuba buat di rumah!

Baca juga: Tip Buat Cucur Jagung Yang Super Rangup, Rahsianya Jangan Bancuh Dengan ‘Air’!

RESEPI CUCUR UDANG SEDAP & RANGUP TANPA YIS

resepi cucur udang sedap

Bahan-bahan:

  • Udang segar secukupnya
  • 1 cawan tepung gandum (ikut banyak sayur, kalau lebih sayur boleh tambah tepung)
  • Kucai (dipotong pendek)
  • Bawang besar (dihiris nipis)
  • Lobak merah (diparut kasar)
  • Serbuk kunyit (sedikit sahaja)
  • Tauge
  • Air sejuk atau air ais secukupnya (rahsia cucur rangup!)
  • Garam atau serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara memasak:

  1. Satukan tepung gandum dengan serbuk kunyit di dalam bekas besar.
  2. Masukkan kucai, bawang hiris, carrot dan tauge. Gaul rata supaya semua sayur tersalut tepung.
  3. Masukkan air sejuk atau air ais sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga dapat adunan sederhana pekat. Inilah rahsia cucur kekal rangup walaupun sejuk.
  4. Masukkan garam atau serbuk perasa mengikut cita rasa.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Cedok adunan bersama seekor udang di atasnya, kemudian goreng hingga garing dan berwarna keemasan.
  6. Angkat, toskan minyak dan siap untuk dihidang.
  7. Cicah dengan kuah kacang atau sos kegemaran.

Sumber: Nur Amna

Baca juga: Rahsia Cucur Ikan Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan, Bentuk Pun Tak Leper!

The post Resipi Cucur Udang Rangup Tanpa Guna Yis, Bila Goreng Berkuping Kerak Cantik! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan