Rahsia Bihun Goreng Sedap Tanpa Sebarang Sos, Ganti Dengan Bahan Rahsia ‘Ini’ Saja!

Imej
https://ift.tt/Cz7pegd Selama ini buat Bihun Goreng sedap mesti ada sos, tapi bagaimana pula jika tiba-tiba sos habis pula di rumah? Jangan risau, anda masih boleh buat tanpa menggunakan sos sekalipun. Bihun Goreng telah menjadi kegemaran ramai sejak dulu lagi dan boleh dikatakan ia adalah antara pilihan terbaik untuk sebarang jamuan ringkas. Tambahan pula, cara memasaknya cukup ringkas. Walaupun tiada sos di rumah, anda masih boleh buat Bihun Goreng sedap dengan resipi mudah yang dikongsikan oleh Norsuhaila Sujud di Facebook ini. Jom kita cuba! Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati! RESIPI BIHUN GORENG SEDAP Bahan-bahan: ½ paket bihun 3 ulas bawang putih Sejemput ikan bilis Cili kisar 1 sudu besar cuka makan Garam dan gula secukup rasa Bahan hiasan (pilihan): Telur Sayur (sawi, kubis) Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, tumbuk bawang putih dengan ikan bilis. 2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi d...

Resipi Mi Wantan Goreng Senang Dimasak, Rasa Lagi Kenyal Dari Mi Kuning Biasa!

https://ift.tt/yaAN4I1

mee wantan

Rupanya, mee wantan lebih sedap berbanding mi kuning biasa. Teksturnya yang kenyal dan lembut memberikan rasa yang lebih istimewa.

Mi ini memang sesuai dijadikan mi wantan goreng. Cara penyediaannya pun sangat mudah dan tidak merumitkan.

Kalau anda nak cuba sendiri, boleh ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Cikgu Afy AL Habibi di bawah.

Baca juga: Resipi Tauhu Garam Cili Sedap & Mudah Dibuat, Makan Panas-Panas Memang Terangkat!

RESEPI MEE WANTAN GORENG

mee wantan

Bahan-bahan:

  • Mi Wanton (dicelur)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu besar kicap karamel
  • 1 sudu besar kicap cair

Bahan lain:

  • Tauge
  • Sawi bunga
  • Carrot
  • Serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar bawang putih & minyaknya
  • 1 biji telur (nak tambah lauk lain silakan)

Bahan tumbuk:

Cara memasak:

  1. Panaskan 1 sudu makan minyak bawang putih. Sebaiknya gunakan kuali tidak melekat (non-stick) supaya hasil masakan lebih cantik.
  2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi. Bila naik bau, pecahkan sebiji telur ke dalam kuali. Jika ada lauk tambahan, boleh masukkan sekali pada waktu ini.
  3. Apabila telur mula mengeras, masukkan mi wantan yang telah dicelur. Kacau-kacau di atas api besar selama 2-3 minit.
  4. Kemudian, masukkan semua sayur. Tambah juga dua renjis serbuk lada sulah dan 1 sudu besar bawang putih goreng.
  5. Kacau sebati selama seminit atau sehingga sayur mula layu, kemudian tutup api.
  6. Akhir sekali, taburkan daun bawang sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan dan dinikmati!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Cara Buat Bendi Sambal Kering Ala Restoran, Ingat Susah Tapi Rupanya Mudah Saja!

The post Resipi Mi Wantan Goreng Senang Dimasak, Rasa Lagi Kenyal Dari Mi Kuning Biasa! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan