Cucur Udang Rangup di Luar & Lembut Gebu Di Dalam, Lengkap Dengan Kuah Kacang Pekat Berlemak!

Imej
https://ift.tt/3wxjNt0 Nak sediakan minum petang untuk keluarga, boleh buat resipi cucur udang kuah kacang ini. Bukan setakat luarnya rangup dan dalamnya lembut, malah kuahnya pekat berlemak. Cucur udang dan kuah kacang ini bukan biasa-biasa sebab ada teknik bancuhan mudah tapi menjadi yang dikongsikan oleh Mazitah Ahmad Nur Solehah di Facebook. Jom kita cuba! Baca juga: Resipi Kuih Cucur Jawa Anti Gagal, Goreng Cara Ini Baru Kembang Cantik! RESIPI CUCUR UDANG KUAH KACANG Bahan-bahan untuk cucur udang: ½ kilo tepung gandum * Sedikit serbuk kunyit (warna menarik)* Secubit garam * 2 sudu besar gula * 1 biji telur * Sedikit serbuk soda bikarbonat* Daun kucai secukupnya (dipotong pendek) Taugeh segenggam (buang ekor jika mahu) Udang segar (dibersihkan tapi jangan buang kulit, kepala dan ekor) Bahan-bahan untuk kuah kacang: 500g kacang tanah (disangai atau goreng tanpa minyak, buang kulit, kemudian dikisar kasar) 15 biji cili kering (potong dan rendam sampai lembut) ...

Resepi Nasi Tomato Simple Cara Arwah Mak, Wangi, Lembut & Sarat Dengan Kenangan!

https://ift.tt/dIpD4ao

resepi nasi tomato simple

Setiap orang pasti ada hidangan yang menggamit memori bersama orang tersayang. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Nasi Tomato simple yang cukup wangi dan lembut.

Nasi Tomato ialah sejenis nasi berperisa yang dimasak menggunakan beras (biasanya beras basmathi) bersama bahan-bahan seperti tomato puri, sup tomato, susu cair, bawang, rempah tumis dan minyak sapi.

Bagi Madie Dihah yang telah kongsikan resepi Nasi Tomato simple ini di Facebook, ia bukan sekadar hidangan tapi penuh dengan nilai sentimental. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Macam Kenduri Kahwin, Nak Dapat Kuah Pekat Elok Ini Rahsianya…

RESEPI NASI TOMATO SIMPLE

resepi nasi tomato simple

Bahan utama:

Bahan kisar:

Bahan tumis:

  • Minyak sapi (mak suka guna Gheebland sebab aromanya cukup menyelerakan)
  • Rempah 3 sekawan: kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih

Bahan tambahan:

  • Sup tomato (jenama KIMBALL)
  • Tomato puri
  • Susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa

Sukatan air:

  • Jika guna 3 cawan beras basmathi, gunakan 4 cawan cecair (campuran air dan susu cair).

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak sapi dan tumis 3 sekawan sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar, tumis lagi sampai naik bau wangi dan kekuningan.

2. Tuangkan sup tomato, tomato puri, garam dan gula. Kacau sekata.

3. Masukkan beras basmathi yang sudah ditoskan, gaul rata. Tambahkan air dan susu cair mengikut sukatan.

4. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa. Boleh guna periuk nasi atau dapur biasa.

5. Setelah masak, kacau nasi perlahan-lahan dengan garfu untuk elak patah. Tabur daun pudina atau daun ketumbar untuk aroma segar. Nak tambah bawang goreng pun boleh.

Selamat mencuba!

Sumber: Madie Dihah

Baca juga: Cara Buat Nasi Tomato Ala Lauk Pengantin, Sebijik Macam Makan Di Kenduri

The post Resepi Nasi Tomato Simple Cara Arwah Mak, Wangi, Lembut & Sarat Dengan Kenangan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan