Ikan Masak Kicap Berkuah Pekat, Sampai Kawan Suami Pun Minta Resipi!
Isteri-isteri yang selalu bekalkan makanan untuk suami ke tempat kerja, mesti setiap hari pening nak fikir masak lauk apa bukan? Jadi, cubalah buat Ikan Masak Kicap yang sedap ini.
Ikan Masak Kicap merupakan salah satu masakan tradisional Melayu yang sangat popular di Malaysia. Ia menggunakan ikan yang digoreng terlebih dahulu, kemudian dimasak semula dalam kuah kicap yang berperisa dan beraroma.
Oleh kerana ramai juga yang suka lauk klasik seperti ini, Izatie Khaidir telah kongsikan cara buat Ikan Masak Kicap pekat yang sedap dan mudah di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buang Hanyir Ikan Patin Dengan Petua Paling Berkesan, Bau Lumpur Pun Hilang Tanpa Jejak!
RESIPI IKAN MASAK KICAP
Bahan-bahan:
- Ikan (selar, kembung atau bawal)
- Kentang (potong bulat atau wedges)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Cili kisar
- Sos tiram
- Sos cili
- Kicap manis
- Air asam jawa
- Garam, gula, dan perasa (jika perlu)
- Tomato (pilihan, tapi sedap jika ada)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, goreng ikan sampai garing keemasan terlebih dahulu, kemudian ketepikan.
2. Gaulkan kentang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng sampai keemasan dan ketepikan.
3. Tumbuk atau kisar kasar bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak sampai naik bau dan sedikit garing.
4. Masukkan cili kisar dan terus tumis sampai betul-betul masak.
5. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau dan biarkan menggelegak. Setelah mendidih, baru tambah sedikit air.
6. Masukkan air asam jawa (bagi rasa masam manis yang seimbang dan bantu hilangkan hanyir ikan).
7. Masukkan semula ikan dan kentang goreng tadi. Jika ada tomato, bolehlah belah dua dan masukkan sekali.
8. Perlahankan api dan renehkan sekejap supaya kuah jadi pekat melikat. Tambah garam, gula atau perasa ikut selera. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Sumber: Izatie Khaidir
Baca juga: Resepi Ikan Tenggiri Berlado Pedas Manja, Masak Sekali Terus Jadi ‘Favourite’!
The post Ikan Masak Kicap Berkuah Pekat, Sampai Kawan Suami Pun Minta Resipi! appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan