Resipi Crab Rangoon Guna Kulit Popia, Buat Banyak Terus Boleh Masuk Freezer!

Imej
https://ift.tt/JWa5Lfe Kalau pernah makan di restoran makanan Cina, mesti pernah dengar tentang crab rangoon. Tapi tahukah anda, resepi crab rangoon sebenarnya boleh diolah ikut cita rasa kita sendiri. Contohnya, guna kulit popia untuk hasilkan versi rangup dan sedap! Sekali buat, boleh dapat banyak dan simpan dalam peti sejuk beku. Bila ada tetamu datang atau perut lapar tengah malam, tinggal goreng saja. Ringkas, rangup dan dijamin jadi kegemaran satu rumah! Baca juga: Resipi Rempeyek Moden Guna Kulit Popia, Tak Perlu Bancuh Adunan Tepung! RESEPI CRAB RANGOON GUNA KULIT POPIA Bahan-bahan: Kulit popia sederhana (50 keping) Bahan inti: 2 pek crab filament (diracik halus) 1 bekas kecil krim keju (suhu bilik) 1 cawan mayonis 2-3 pokok daun bawang (dihiris) 1 batang lobak merah (disagat) 1 sudu besar mixed herbs 1 sudu besar daun parsli kering (dried parsley) 1 sudu besar serbuk lada sulah 1 sudu besar serbuk perasa Garam secukupnya Optional: serbuk lada hitam ...

Resipi Pajeri Terung Yang Pekat Memikat, Rupanya Ada 1 Bahan Buat Rasa Lagi Sedap!

https://ift.tt/UXslgaW

resepi pajeri terung

Kalau teringin lauk yang berkuah, berempah dan ada rasa lemak manis, resepi pajeri terung memang antara yang paling sedap untuk dicuba. Hidangan ini cukup popular di kalangan masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi bila ada majlis kenduri atau juadah berbuka puasa.

Pajeri terung selalunya dimasak dengan pes kari, santan, kerisik dan sedikit rasa manis daripada gula Melaka. Gabungan ini menjadikan rasanya unik dengan rasa lemak, pedas, manis dan wangi hasil aroma rempah. Terung yang lembut pula menyerap kuah dengan sempurna, menjadikan setiap suapan terasa penuh rasa.

Resipi yang kami kongsikan kali ini sangat mudah dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang baru nak belajar masak atau nak cuba menu tradisi di rumah. Dengan bahan asas yang mudah didapati, anda boleh hasilkan pajeri terung yang sedap macam mak-mak kita masak dulu.

Baca juga: Resipi Sambal Terung Berlado, Ikut Tips Ini Agar Tak Serap Minyak

RESEPI PAJERI TERUNG

resepi pajeri terung

Bancuhan pes kari:

  •  2 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah*
  • ½ inci halia*
  • 3 sudu besar serbuk kari daging atau ayam

(*Bahan bertanda * ditumbuk halus. Campurkan bahan tumbuk dengan serbuk kari dan sedikit air untuk dijadikan pes.)

Bahan tumis:

  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 inci halia (dipotong halus seperti mancis)
  • Daun kari segenggam
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • 1 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)

Bahan lain:

  • 4 biji terung panjang (belah dua setiap satu, kemudian belah tengah secara membujur tetapi jangan sampai putus.)
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2-3 sudu besar santan kotak ATAU ¼ cawan santan pekat segar
  • ½ ketul gula melaka
  • ½ sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar air asam jawa (cair)

Cara-cara:

  1. Panaskan kira-kira ½ cawan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan-bahan tumis hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan pes kari yang telah disediakan, kacau sehingga pecah minyak dan garing.
  4. Masukkan terung dan sedikit air. Masak sehingga terung separa lembut.
  5. Tambahkan gula melaka, air asam jawa (jangan terlalu banyak agar tidak terlalu masam).
  6. Masukkan garam, kerisik dan santan.
  7. Kecilkan api dan biarkan terung masak sepenuhnya serta kuah menjadi pekat.

Nota:

  • Pajeri terung yang sedap haruslah mempunyai rasa sedikit manis. Barulah berbeza daripada kari biasa. Tetapi jangan sampai terlalu manis.
  • Udang kering menambahkan aroma dan rasa. Jika tiada, tak perlu letak.

Sumber: Khas Fena

Baca juga: Resepi Terung Bulat Goreng Berlada, Lauk Kampung Yang Ramai Suka!

The post Resipi Pajeri Terung Yang Pekat Memikat, Rupanya Ada 1 Bahan Buat Rasa Lagi Sedap! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan