Nak Hilangkan Bau Badan & Kecilkan Perut, Cuba Petua Minum Air Limau Kasturi Madu Ini

Imej
https://ift.tt/2NeTEQ3 Sesetengah orang mungkin tak selesa dengan masalah bau badan, khususnya bau peluh yang agak kuat dan sukar dihilangkan walaupun selepas mandi. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba petua minum air limau kasturi madu ini. Selain masalah bau badan, ada juga yang hadapi cabaran untuk mengecilkan saiz perut dan mengalami masalah sembelit, terutama bagi wanita yang sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Terdapat satu petua mudah dan sangat berkesan yang boleh anda amalkan pada setiap pagi untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan minum air limau kasturi madu. Jom tengok cara membuatnya! Baca juga: Cara Simpan Barli Rebus Tahan Lama, Boleh Buat Air Barli Untuk Kawal Kolesterol RESIPI AIR LIMAU KASTURI MADU Bahan-bahan: 3 biji limau kasturi 2 sudu besar madu asli 1 cawan air suam panas Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, masukkan madu ke dalam cawan berisi air suam panas dan kacau sampai larut. 2. Kemudian, perah limau kasturi ke dalam cawan tersebut...

Kerabu Perut Kelantan Paling Padu, Resipi Ini Buat Tekak Rasa Puas Bila Makan!

https://ift.tt/YWCyfm9

kerabu perut kelantan

Banyak pilihan makanan tradisional Kelantan yang boleh buat kita terliur sampai tak sabar nak makan. Salah satunya, mestilah Kerabu Perut Kelantan yang sangat memikat selera.

Walaupun Kerabu Perut Kelantan ini nampak seperti hidangan biasa, tapi jangan salah sangka kerana rasanya boleh buat orang makan bertambah sampai pinggan licin.

Afy AL Habibi telah kongsikan cara memasak Kerabu Perut Kelantan di Facebook yang sangat kaya dengan aroma serta rasa masam manis yang menggoda selera. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Bersihkan Perut Lembu Yang Mudah, Barulah Hasil Putih Bersih!

RESIPI KERABU PERUT KELANTAN

kerabu perut kelantan

Bahan rebus:

  • Perut (direbus dengan asam keping dan garam serta dihiris nipis)
  • 9 ekor ikan selayang atau sardin sederhana besar (direbus)

Bahan kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam atau secukupnya
  • 1 sudip gula
  • Secubit serbuk perasa
  • Sedikit air rebusan perut

Bahan lain:

  • Santan pekat dari ½ biji kelapa
  • Sedikit air panas
  • 2 sudip air rebusan perut
  • Sedikit asam limau
  • 2 batang cili merah tanpa biji (dihiris)
  • 1 labu bawang holland (dihiris)
  • 15 batang kacang panjang
  • 2 biji mangga lemak yang belum masak (disagat)
  • Sedikit daun kesum
  • Buah machang atau buah beka (pilihan, dilayur dan dihiris nipis)
  • ½ biji kelapa isi putih (disangai dan dikisar separa halus)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus perut dengan asam keping dan garam secukupnya. Apabila sudah empuk, hiris nipis-nipis.

2. Selepas itu, kisar semua bahan yang disenaraikan bersama sedikit air rebusan perut.

3. Satukan perut, kacang panjang dan mangga yang telah disagat tadi. Boleh guna kacang panjang sepenuhnya. Kena campur sedikit daun kesum untuk menaikkan aromanya.

4. Campurkan isi ikan selayang atau sardin yang direbus, kemudian masukkan kelapa dan satukan semua bahan.

kerabu perut kelantan

5. Seterusnya, masukkan pula bahan yang telah dikisar tadi.

6. Masukkan juga santan pekat. Boleh campurkan sedikit air panas atau panaskan seketika santan untuk tahan lama. Jangan sampai pecah minyak. Sejukkan seketika sebelum dituang.

7. Kemudian, masukkan 2 sudip air rebusan perut untuk menaikkan rasa. Perahkan sedikit asam limau. Nak lebih sedap, guna asam limau kerat lintang dan gaul sekata.

8. Selepas rasa masam, manis dan masin sudah cukup, taburkan cili merah dan bawang holland yang dihiris tadi. Siap untuk dihidang!

Gabungan rasa pedas, masam dan manis dalam Kerabu Perut Kelantan ini memang kena dengan citarasa orang Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk cuba memasaknya pada hari ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Hati Lembu Masak Pengantin, Ada Petua Basuh Hati Lembu Agar Tak Bau

The post Kerabu Perut Kelantan Paling Padu, Resipi Ini Buat Tekak Rasa Puas Bila Makan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan