Cara Buat Budu Jadi Bertambah Sedap, Makan Sampai Tak Toleh Kiri Kanan!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Rupanya ada cara buat budu jadi lebih sedap daripada asal, iaitu dengan menambah bawang, cili, bunga kantan dan perahan limau nipis. Gabungan ini boleh jadikan rasanya makin padu dan lebih menyelerakan.
Nak sediakan pun tak susah, tak perlu masak pun. Hanya perlu hiris bahan yang disenaraikan, gaul rata dan terus boleh hidang bersama nasi panas, lauk-pauk kesukaan dan ulam-ulaman segar.
Bau harum bahan hirisan dan rasa masam-masam limau memang boleh buat selera bertambah! Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat cara-cara penyediaannya dengan lebih lengkap di bawah.
Baca juga: Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur ‘Rangup’, Tulang Pun Boleh Makan!
CARA BUAT BUDU JADI BERTAMBAH SEDAP
Bahan-bahan:
- Bawang merah (dihiris)
- Cili api (dihiris)
- Bunga kantan (dihiris)
- Serai (dihiris)
- Limau nipis (ambil air perahannya sahaja)
- Budu
Cara-cara penyediaan:
- Satukan semua bahan hirisan iaitu bawang merah, cili api, bunga kantan dan serai ke dalam satu mangkuk. Pastikan bahan-bahan dihiris nipis.
- Kemudian, tuangkan budu secukupnya ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi. Gaul rata hingga semua bahan bercampur sempurna dan naik aromanya.
- Akhir sekali, perahkan jus limau nipis untuk seimbangkan rasa.
- Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, lauk pauk kesukaan dan ulam-ulaman segar. Memang pembuka selera!
Sumber: Siti Zanariah
Baca juga: Singgang Tumis Ikan Selar, Padankan Bersama Budu, Terus Tak Pandang Kiri Kanan!
The post Cara Buat Budu Jadi Bertambah Sedap, Makan Sampai Tak Toleh Kiri Kanan! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan