Resipi Sotong Masak Cili Padi Kunyit, Tekstur Lembut & Tak Kecut Bila Ikut Cara Ini
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bila dah hari-hari kena fikir menu, kadang-kadang otak pun tepu. Jadi hari ini MyResipi nak bagi satu idea iaitu Resipi Sotong Masak Cili Padi Kunyit. Lauk ini bukan saja senang nak buat, tapi boleh buat nasi bertambah-tambah!
Yang menariknya resipi ini, kita tak perlukan bahan pelik-pelik. Cukup dengan sotong segar, cili padi, bawang dan serbuk kunyit. Dah ada semua bahan ini, boleh hasilkan lauk yang menyengat dan membangkitkan selera.
Kalau anda tengah cari idea lauk ekspres tapi tetap menyelerakan, resipi ini memang wajib cuba. Ikut saja langkah-langkah mudah yang dikongsi di bawah. Confirm tak menyesal, malah mungkin jadi lauk wajib setiap minggu!
Baca juga: 6 Jenis Sotong Popular Di Malaysia, Yang ‘Satu’ Ini Paling Banyak Diguna Dalam Masakan
RESEPI SOTONG MASAK CILI PADI KUNYIT
Bahan-bahan:
- Sotong kecil setengah kilo (cuci dan bersihkan terlebih dahulu)
- Garam
- Serbuk kunyit
Bahan kisar/tumbuk:
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 6 tangkai cili padi merah
- 4 tangkai lada besar hijau
Semua bahan di atas boleh dikisar menggunakan chopper atau ditumbuk. Elakkan guna blender kerana hasilnya akan terlalu halus dan kurang rasa cili.
Cara memasak:
- Panaskan kuali, masukkan sotong dan biarkan seketika sehingga keluar airnya.
- Toskan sotong dan buang airnya jika tidak mahu lauk berkuah sangat. (Kalau suka berkuah, boleh simpan dan guna semula air sotong tadi.)
- Tumis bahan kisar/tumbuk tadi dengan minyak yang agak banyak pun tak mengapa.
- Masukkan garam dan serbuk kunyit secukup rasa.
- Bila bahan tumis dah kelihatan layu dan naik bau, masukkan sotong yang telah ditoskan tadi.
- Masak sekejap saja jangan lama-lama nanti sotong jadi liat.
- Siap! Dah boleh makan dengan nasi panas-panas. Jangan lupa masak nasi lebih sikit, confirm bertambah!
Sumber: Nurul Joe
Baca juga: Tips Masak Sotong Kembang Agar Tak Liat & Lembut, Rupanya Kena Goreng Dulu Sehingga Kering Air
The post Resipi Sotong Masak Cili Padi Kunyit, Tekstur Lembut & Tak Kecut Bila Ikut Cara Ini appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan