Rempah Cap Bunga Rose Jadi Pilihan Profesor Chef Zam Dalam Bengkel Tradisi!

Imej
https://ift.tt/ncbuGBw Bukan semua jenama diberi kepercayaan untuk menjadi penaja utama dalam acara kulinari bersama chef tersohor negara. Tapi Rempah Cap Bunga Rose membuktikan bahawa produk tempatan juga mampu berdiri sama tinggi, malah jadi pilihan utama pakar kulinari terkenal, Prof. Dato’ Zamzani Abdul Wahab DPMT  atau lebih dikenali sebagai Chef Zam . Inilah yang berlaku dalam Bengkel Masakan Tradisi Terengganu yang berlangsung pada 14 dan 15 Jun lalu, hasil kerjasama antara Rich Talents International College, Chef Zam, dan Rempah Cap Bunga Rose. Acara ini bukan sekadar bengkel masakan, ia merupakan perayaan warisan, rasa dan kualiti sebenar rempah Melayu. Rempah Cap Bunga Rose bawa rasa asli Terengganu Melalui bengkel ini, pemilik kedai makan , suri rumah dan pelajar kulinari kolej berpeluang menggunakan Rempah Cap Bunga Rose untuk menghasilkan masakan tradisional seperti Nasi Dagang, Kerutuk Ayam dan Gulai Ikan Tongkol. Selain itu, peserta bengkel juga akan diajar...

Resepi Ayam Masak Madu Melekit Pekat Berkilat, Sedap Hingga Menjilat Jari!

https://ift.tt/nqlDhi6

resepi ayam masak madu

Jika anda sedang mencari idea menu yang mudah tapi nampak mewah di meja makan, kami cadangkan anda buat resepi Ayam Masak Madu Melekit yang sedap ini di rumah.

Dengan kuahnya yang pekat berkilat, rasa manis lemak madu berpadu dengan kepedasan ringan dan keharuman bawang serta halia, boleh buat sesiapa pun tak sabar nak tambah nasi.

Adelia Honey telah kongsikan resepi Ayam Masak Madu Melekit di Facebook yang sangat mudah disediakan tanpa memerlukan bahan yang banyak. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Goreng Karamel Simple, Dia Punya Salutan Sampai Ke Tulang Nikmatnya

RESEPI AYAM MASAK MADU MELEKIT

resepi ayam masak madu

Bahan-bahan:

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar halia (ditumbuk)
  • 1 sudu besar sos ikan (tak perlu guna garam lagi)
  • ¼ cawan (60ml) madu
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali.

2. Nasukkan bawang putih, halia dan kepak ayam, kemudian kacau dan goreng selama 5 minit.

3, Masukkan semua sos, madu dan kacau sekejap, kemudian tutup kuali.

4. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sampai semua kepak ayam masak dan keperangan (bersalut dengan sos).

5. Apabila sudah masuk madu, sos akan berbuih-buih atau berkaramel. Jangan takut apabila tengok sos seperti hangit-hangit. Kacau-kacau sedikit.

6. Apabila sos sudah agak kering dan bersalut pada kepak ayam, ia akan jadi melekit dan berkaramel seperti ayam bakar BBQ. Siap untuk dihidang!

resepi ayam masak madu

Tak perlu masak terlalu rumit untuk memuaskan selera, cukup dengan resepi Ayam Masak Madu Melekit ini. Walaupun nampak ringkas, tapi rasa macam masakan restoran mewah.

Selamat mencuba!

Sumber: Adelia Honey

Baca juga: Resipi Kepak Ayam Madu Sedap Sampai Ke Tulang, Ratah Sampai Tak Berhenti!

The post Resepi Ayam Masak Madu Melekit Pekat Berkilat, Sedap Hingga Menjilat Jari! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan