Resepi Popia Susu Dengan 3 Bahan, Sekali Kunyah Memang Susah Nak Berhenti!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Nak buat kudapan manis yang rangup dan mudah disediakan, boleh cuba resepi Popia Susu ini. Bukan saja digemari kanak-kanak, malah turut menjadi pilihan orang dewasa.
Popia Susu merupakan kulit popia goreng yang digaul bersama campuran susu tepung dan gula dengan kombinasi rasa rangup dan lemak manis yang menjadikannya kegemaran ramai.
Iza Ramli telah kongsikan resepi Popia Susu yang mudah untuk anda cuba sendiri di rumah dengan sekali kunyah pasti tak berhenti nanti. Jom kita cuba!
Baca juga: Popia Pepero, Guna Kulit Popia Tapi Sedap Dan Rangup Bukan Main!
RESEPI POPIA SUSU
Bahan-bahan:
- Kulit popia (boleh pakai yang saiz kecil juga)
- ½ cawan susu tepung
- ½ cawan gula kastor
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, gulung kulit popia dengan menggunakan straw supaya lebih mudah dan dapat saiz yang sama. Kemudian, lekatkan hujung popia dengan air.
2. Popia yang sudah siap digulung itu, dipotong kecil-kecil (ikut suka nak saiz macam mana).
3. Selepas dipotong, bolehlah goreng kulit popia tadi dengan api sederhana sampai jadi warna kekuningan.
4. Masukkan kulit popia ke dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan susu tepung dan gula kastor. Gaul sampai rata. Lebih mudah jika masukkan dalam bekas bertutup dan goncang.
5. Setelah siap, boleh simpan dalam balang bertutup. Siap untuk dihidang!
Gabungan rasa rangup kulit popia bersama kemanisan susu tepung dan taburan gula menjadikan ia pilihan sempurna untuk dinikmati seisi keluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Iza Ramli
Baca juga: Resepi Popia Nestum Mudah Dengan 5 Bahan, Kunyah Sampai Tak Berhenti!
The post Resepi Popia Susu Dengan 3 Bahan, Sekali Kunyah Memang Susah Nak Berhenti! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan