Cara Buat Ayam Goreng Crispy Ala Mamak Yang Rangup Tahan Lama, Aromanya Power Luar Biasa!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Kalau anda sedang cari resipi ayam goreng crispy yang betul-betul rangup, berempah dan juicy di dalam, ini dia jawapannya. Resipi ini viral kerana menggunakan teknik perapan ringkas tetapi hasilnya setanding ayam goreng kedai mamak, garing di luar, lembut di dalam dan penuh rasa!
Rahsianya terletak pada gabungan rempah kisar dan penggunaan tepung beras yang menjadikan tekstur ayam lebih crunchy tanpa perlu bancuhan tepung tebal.
Baca juga: Cara Hilangkan Bau Ayam Dengan Mudah Guna 5 Bahan Dapur, Tepung INI Paling Berkesan!
RESIPI AYAM GORENG CRISPY ALA MAMAK RANGUP BEREMPAH

Bahan-bahan A:
- ½ ekor ayam (dipotong kecil)
- 2 paket kecil serbuk cili
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 3–4 tangkai daun kari
- 1 senduk tepung beras
- ½ senduk tepung gandum
- 3 sudu besar air asam jawa
- ½ cawan air
Bahan-bahan B (Kisar):
- 1 ½ biji bawang besar
- 3–4 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 1 ½sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar jintan manis
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan B hingga halus.
2. Satukan bahan kisar dengan semua bahan A dalam satu bekas.
3. Gaul hingga ayam bersalut rata dengan bahan perapan.
4. Perap sekurang-kurangnya 30 minit dalam peti sejuk.
- Lagi lama perap, lagi sedap rasa ayam goreng crispy ini.
6. Panaskan minyak yang banyak untuk goreng secara deep fry.
7. Masukkan ayam dan goreng hingga keemasan serta garing.
8. Angkat dan toskan sebelum hidang.
Tips Penting Ayam Goreng Crispy Jadi Lebih Rangup
- Gunakan tepung beras untuk tekstur lebih crispy dan tahan lama.
- Pastikan minyak benar-benar panas sebelum mula menggoreng.
- Goreng dalam kuantiti sedikit supaya ayam masak sekata.
- Daun kari boleh digoreng sekali untuk aroma ala mamak yang lebih padu.
Sedap Dimakan Dengan Apa?
Ayam goreng crispy ini memang layan dimakan bersama:
- Nasi putih panas
- Nasi lemak
- Sambal belacan
- Sos cili atau mayonis
Resipi ayam goreng crispy ini sangat mudah, bahan pun ringkas, tetapi hasilnya memang luar biasa. Sesuai untuk hidangan harian atau jamuan keluarga, sekali cuba, pasti nak buat lagi!
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Zainal
Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Paling Sedap Di Rumah, Mudah & Cepat Dengan Satu Bahan Rahsia
The post Cara Buat Ayam Goreng Crispy Ala Mamak Yang Rangup Tahan Lama, Aromanya Power Luar Biasa! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan