Cara Masak Mi Bandung Sedap Macam Kedai, Kuah Pekat Sampai Nak Tambah Mangkuk Kedua

Mee bandung sedap memang antara menu kegemaran rakyat Malaysia yang tak pernah jemu dinikmati. Dengan kuah pekat berempah, rasa lemak kacang tanah dan gabungan ayam serta udang, hidangan ini cukup lengkap dan mengenyangkan, memang sesuai untuk bila-bila masa.
Kalau anda sedang mencari resipi mee bandung yang mudah tapi rasa macam di kedai, perkongsian oleh Nazurah Muzafar ini wajib cuba. Guna bahan ringkas dan cara masak yang cepat, hasilnya memang padu dan confirm buat bertambah!
Baca juga: Cara Buat Mee Kari Simple Berkuah Lembut & Pekat, Aromanya Cukup Memikat Selera
RESIPI MEE BANDUNG SEDAP

Bahan-bahan kisar:
- ½ biji bawang merah besar
- ½ biji bawang Holland
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 sudu besar udang kering
- 5 tangkai cili kering (rendam air panas 5 minit)
- Sedikit air (untuk mengisar)
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan di atas sehingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan:
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
4. Tambahkan ayam dan masak sehingga separuh masak.
5. Masukkan udang (letak kemudian supaya isi kekal juicy).
6. Tuangkan:
- 500ml air
- 1 sudu besar serbuk pati ayam
- Gula dan garam secukupnya
7. Reneh sehingga ayam masak sepenuhnya dan kuah sedikit pekat.
Rahsia Mee Bandung Sedap
Masukkan:
- 2 sudu besar kacang tanah (disangai tanpa minyak dan ditumbuk halus)
Ini yang buat kuah jadi lebih lemak, pekat dan ada rasa ‘kick’ yang membezakan mee bandung biasa dengan mee bandung sedap!
Bahan Tambahan
- 1 biji telur (pecahkan dan kacau perlahan dalam kuah)
- Sayur ikut selera:
– Sawi
– Lobak merah
– Bunga kobis
– Tomato
Cara Pekatkan Kuah
- Bancuh 2 sudu besar tepung jagung dengan sedikit air
- Tuangkan ke dalam kuah dan kacau hingga kuah jadi pekat dan berkilat
Cara Hidang
- Gunakan mee kuning atau yee mee
- Celur mee terlebih dahulu
- Tuangkan kuah panas ke atas mee
- Hidangkan segera untuk rasa mee bandung sedap yang maksimum
Tips Tambahan Supaya Lagi Sedap
- Tambah cili kisar jika suka lebih pedas
- Boleh letak sedikit santan untuk rasa lebih berlemak
- Adjust rasa ikut selera, kunci mee bandung sedap adalah keseimbangan rasa pedas, manis dan masin
Resipi mee bandung ini bukan sahaja mudah, malah sesuai untuk hidangan keluarga kecil. Sekali cuba, memang akan jadi menu repeat di rumah!
Selamat mencuba!
Sumber: Nazurah Muzafar
Baca juga: Cara Masak Mee Goreng ‘Berlemoih’ Satu Kuali, Kuah Pekat & Tak Pernah Gagal
The post Cara Masak Mi Bandung Sedap Macam Kedai, Kuah Pekat Sampai Nak Tambah Mangkuk Kedua appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan