Resipi Roti Jala Sukatan 1kg Tepung Anti Gagal, Lembut & Tak Mudah Basi Walaupun Simpan Lama
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Kalau sebut roti jala, memang ramai yang terus terbayang hidangan bersama kuah kari ayam atau kari daging yang pekat dan berempah. Pasti ramai yang mencari resipi roti jala lembut untuk dihidangkan pada hari raya yang bakal tiba.
Pasti ramai yang nak cuba buat roti jala sendiri di rumah, tapi risau tak menjadi. Ada yang terlalu tebal, ada yang putus-putus masa menjala, malah ada juga yang cepat keras bila dah sejuk. Tapi dengan sukatan yang betul, roti jala sebenarnya sangat mudah dibuat.
Resipi roti jala sukatan 1kg tepung ini memang sesuai untuk hidangan keluarga atau majlis kecil. Bancuhannya mudah, hasilnya lembut dan yang paling best, kalau tak habis makan pun roti jala masih lembut dan tak cepat basi. Jom cuba buat sendiri di rumah.
Baca juga: Resipi Kari Ayam Kerisik Yang Lain Dari Biasa, Kuah Pekat Berlemak Memang Padu!
RESIPI ROTI JALA LEMBUT DAN TAK MUDAH BASI

Bahan-bahan:
- 1 kg tepung gandum
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu cair
- 4 tin air (sukat guna tin susu yang sama)
- 5 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit pewarna kuning
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan tepung gandum ke dalam bekas besar. Tambahkan telur, susu cair, air, minyak masak, garam dan sedikit pewarna kuning.
- Gaul semua bahan sehingga sebati menggunakan whisk atau senduk supaya tepung tidak berketul.
- Selepas itu, masukkan bancuhan ke dalam blender dan kisar sehingga adunan betul-betul halus dan licin. Kisar secara berperingkat jika bancuhan banyak supaya blender mudah bergerak.
- Panaskan kuali non-stick di atas api sederhana. Untuk roti jala pertama, sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali.
- Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala, kemudian jala di atas kuali panas dengan gerakan bulat.
- Masak sehingga roti jala kelihatan kering dan mudah diangkat. Tidak perlu diterbalikkan.
- Angkat dan lipat roti jala mengikut bentuk yang disukai. Ulang proses sehingga adunan habis.
Sumber: Lizawati Suradi
Baca juga: Resipi Kuzi Ayam Orang Pantai Timur, Cicah Dengan Roti Memang Layan!
The post Resipi Roti Jala Sukatan 1kg Tepung Anti Gagal, Lembut & Tak Mudah Basi Walaupun Simpan Lama appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan