Langkau ke kandungan utama

Resipi Nasi Arab Kabsah Lengkap Dengan Bahan Sampingan, Sedap Ya Habibi Macam Makan Di Restoran!

Imej
https://ift.tt/s3cPtJ4 Resepi nasi arab kabsah sebenarnya sangat mudah untuk disediakan sendiri di rumah. Ramai yang takut nak cuba kerana disangka renyah. Sebenarnya, dengan teknik dan cara yang betul, anda boleh memasak nasi arab kabsah yang sama sedap setaraf seperti di restoran. Apa yang istimewa dengan resepi ini adalah penggunaan kordial oren atau limau nipis yang memberikan rasa segar dan memastikan nasi tidak rasa muak. Jom ikuti langkah demi langkah di bawah. Baca juga: Resipi Nasi Tomato Versi Paling ‘Surrr’, Hidangan Lengkap Dengan Ayam Masak Merah & Jelatah Timun RESEPI NASI ARAB KABSAH LENGKAP DENGAN BAHAN SAMPINGAN Bahan stok ayam dan sup: 1 ekor ayam (belah 2 atau ikut kesukaan) atau 1.5 kg daging 4 ulas bawang putih (dihiris) 1 biji bawang besar (dihiris) 2 inci halia (dihiris) 1 sudu besar rempah kabsah Rempah 4 sekawan: 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 7 biji cengkih, 4 biji pelaga (separuh dari jumlah asal) 1 sudu besar garam Air secuk...

Resipi Martabak Daging Tebal Cara Orang Lama, Tak Perlu Guna Kentang & Serbuk Kari

https://ift.tt/C9lTVQY

resepi martabak

Martabak antara makanan popular di bazar Ramadan, tetapi tidak semua yang dijual menepati selera. Ada yang terlalu berminyak, inti kering atau rasanya kurang memuaskan. Sebenarnya, resepi martabak yang sedap boleh dibuat sendiri di rumah denga teknik yang betul.

Resipi ini menggunakan daging cincang segar, minyak sapi serta rempah pilihan bagi menghasilkan inti yang juicy, beraroma dan penuh rasa. Menariknya, resipi ini tidak menggunakan ubi kentang atau serbuk kari seperti kebanyakan martabak biasa. Sebaliknya, ia menggunakan rempah kurma dan garam masala yang memberikan rasa lebih kaya dan autentik.

Martabak ini juga sedap dimakan bersama kuah jeruk bawang yang masam manis. Jika dihidangkan bersama kari daging atau jus buah segar ketika berbuka, memang cukup menyelerakan. Sukatan resipi ini boleh menghasilkan kira-kira 5 keping martabak.

Baca juga: Resipi Cucur Udang Bulat & Kurang Berminyak, Adunan Pun Tak Melekat Pada Senduk

RESEPI MARTABAK DAGING SEDAP DAN MUDAH

resepi martabak

Resipi Kuah Jeruk Bawang

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang merah besar (saiz lebih kurang bola pingpong)
  • 1/2 sudu makan garam kristal
  • 2 sudu makan gula
  • 200 ml cuka makan

Cara-cara penyediaan:

  1. Hiris nipis bawang merah menggunakan pisau atau alat penghiris bawang.
  2. Masukkan bawang ke dalam bekas dan campurkan garam, gula serta cuka.
  3. Gaul rata dan biarkan seketika supaya bawang menjadi sedikit lembut dan rasanya sebati.

Resepi Inti Martabak Daging

Bahan-bahan:

  • 300 gram daging cincang segar
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1/2 sudu makan marjerin
  • 1 1/2 sudu makan minyak sapi
  • 4 sekawan
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga

Bahan kisar:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 1/2 biji bawang merah
  • 1 hiris halia (lebih kurang 1.5 cm tebal)
  • Sedikit air untuk mengisar

Bahan lain:

  • 1 1/2 sudu makan rempah kurma
  • 1/2 sudu makan garam masala
  • 1/2 sudu makan serbuk perasa
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan garam
  • 4 biji bawang merah (dipotong dadu)

Cara memasak inti:

  1. Panaskan minyak masak, marjerin dan minyak sapi di dalam kuali sehingga cair.
  2. Masukkan bahan 4 sekawan dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Keluarkan bahan 4 sekawan selepas itu.
  4. Masukkan rempah kurma dan garam masala. Tumis dengan api kecil sehingga rempah pecah minyak.
  5. Masukkan daging cincang, serbuk perasa, gula dan garam. Masak sehingga daging masak sepenuhnya.
  6. Masukkan bawang merah yang dipotong dadu dan masak sebentar sahaja sehingga separuh masak.
  7. Jika terdapat lebihan minyak dalam kuali, keluarkan dan simpan untuk digunakan semasa memasak martabak.

Cara Penyediaan Martabak

Bahan tambahan:

  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan inti daging
  • kulit roti paratha
  • sedikit minyak sapi dan lebihan minyak inti

Cara membuat:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan kira-kira 3 sudu makan inti daging dan gaul bersama telur.
  3. Panaskan pemanggang atau kuali leper dengan sedikit lebihan minyak inti dan minyak sapi.
  4. Letakkan kulit roti paratha yang telah dileperkan sedikit.
  5. Masak campuran telur dan inti daging menggunakan acuan atau ratakan sahaja di atas kuali.
  6. Apabila inti hampir masak, letakkan di atas kulit paratha dan lipat kemas.
  7. Masak selama kira-kira 4 minit, kemudian terbalikkan. Masak lagi 4 minit dan ulang sekali lagi sehingga kedua-dua bahagian garing.
  8. Gunakan api sederhana kecil supaya martabak masak sekata. Jika bahagian lipatan agak tebal, tambah sedikit masa memasak.

Martabak ini memang memuaskan kerana inti dagingnya penuh rasa, juicy dan berempah. Apabila dimakan bersama kuah jeruk bawang yang masam manis, rasanya menjadi lebih seimbang dan menyelerakan.

Sumber: Ben Safwan

Baca juga: Cara Buat Mi Goreng Basah Supaya Tak Serap Kuah & Tak Kembang, Esok Pagi Pun Masih Sedap!

The post Resipi Martabak Daging Tebal Cara Orang Lama, Tak Perlu Guna Kentang & Serbuk Kari appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!