Langkau ke kandungan utama

Resipi Sagu Bunga Telang Gula Melaka Yang Lemak Manis Berkrim, Cantik Berkilat Macam Mutiara Biru!

Imej
https://ift.tt/aERB5gT Resepi sagu bunga telang ini sesuai dijadikan pencuci mulut tradisional yang bukan sahaja sedap, malah cantik dipandang. Warna biru asli daripada bunga telang menjadikan sagu kelihatan berkilat seperti mutiara biru, tanpa perlu menggunakan pewarna tiruan. Selain dijadikan minuman herba, bunga telang juga sering digunakan sebagai pewarna semula jadi dalam masakan seperti nasi kerabu. Dalam resipi sagu bunga telang ini, air rebusan bunga telang digunakan untuk memberi warna biru yang lembut dan semula jadi pada sagu. Gabungan tekstur sagu yang kenyal lembut bersama sira gula melaka dan susu cair memang cukup sempurna. Kalau dihidangkan sejuk-sejuk, memang bertambah sedap dan menyegarkan. Baca juga: Resipi Sagupal Inti Kacang Hijau, Kuih Tradisional Yang Selalu Dicari Semasa Ramadan RESEPI SAGU BUNGA TELANG GULA MELAKA Bahan-bahan: 1 cawan sagu 1 ketul gula melaka 10 hingga 15 kuntum bunga telang 1 helai daun pandan 1/4 cawan susu cair Secubit garam Ai...

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal ‘Melimpah’, Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam

https://ift.tt/aNvQXGB

resipi ikan cencaru sumbat

Resipi ikan cencaru sumbat memang antara lauk kampung yang tak pernah jemu dimakan. Gabungan ikan goreng garing dengan sambal pedas berempah buatkan hidangan ini sentiasa jadi pilihan waktu tengah hari atau makan malam.

Menu ini sebenarnya sangat mudah disediakan dan tak perlukan bahan yang rumit. Asalkan sambal dimasak hingga pecah minyak, memang terus naik bau satu dapur.

Nak goreng boleh, nak bakar pun sedap. Paling penting, bila makan pula dengan nasi panas dan ulam, memang bertambah tanpa sedar! Jom lihat resipi lengkap di bawah jika ada yang ingin mencuba.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Masak Asam, Lauk Mudah Yang Buat Kecur Air Liur!

RESIPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL MELIMPAH

resipi ikan cencaru sumbat

Bahan-bahan:

  • Ikan cencaru (dikelar bahagian belakang, lumur dengan kunyit dan garam)
  • CIli kering (direbus hingga lembut)
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun cekur (dipotong halus)
  • Air asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan masak hingga sambal pekat.
  4. Masukkan bawang besar dan daun cekur. Kacau sebentar sahaja supaya bawang masih sedikit rangup. Tutup api.
  5. Sumbat sambal ke dalam bahagian belakang ikan cencaru yang telah dikelar.
  6. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing dan masak sempurna.
  7. Setelah ikan masak, curahkan lebihan sambal di atas ikan sebelum dihidangkan.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Ikan Sambal Cili Padi, Rasa ‘Menyengat’ Sampai Makan Licin Ke Tulang

The post Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal ‘Melimpah’, Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!