Langkau ke kandungan utama

Nasi Hujan Panas Sedap Guna Periuk Nasi, Warna Cantik & Rasa Berempah Macam Nasi Kenduri

Imej
https://ift.tt/9wls13c “Nasi hujan panas sedap rupanya mudah sahaja untuk disediakan!” — itulah antara reaksi ramai selepas mencuba resipi ini. Dengan kombinasi warna merah, kuning dan hijau yang menarik serta aroma rempah yang harum, nasi hujan panas bukan sahaja memikat selera, malah tampil istimewa seperti hidangan kenduri. Sesuai untuk hidangan harian mahupun majlis kecil bersama keluarga. Lebih menarik, resipi ini hanya menggunakan periuk nasi, sangat mudah dan sesuai untuk semua. Baca juga: Nasi Tomato Ayam Merah Paling Senang, Menu WAJIB Buat Setiap Kali Ramadan & Raya RESIPI NASI HUJAN PANAS SEDAP Bahan-bahan: 3 cawan beras basmathi (dicuci bersih dan ditoskan, tidak perlu direndam) 3 cawan air 1 cawan susu cair 4 ulas bawang merah (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 1 cm halia (dikisar) Rempah empat sekawan: – Bunga lawang – Cengkih – Buah pelaga – Kulit kayu manis Minyak atau mentega Pewarna merah, hijau dan kuning Garam dan serbuk perasa sec...

Resipi Biskut Sarang Semut Pandan, Rangup Di Luar & Cair Bila Masuk Mulut

https://ift.tt/USPxH3y

resipi biskut sarang semut

Kalau dah dekat musim raya, memang seronok kalau dapat buat biskut sendiri di rumah. Selain lebih jimat, kita pun boleh kawal rasa dan bahan ikut selera sendiri. Salah satu biskut yang terkenal sekarang ialah resipi biskut sarang semut pandan.

Teksturnya unik, bila digigit rasa rangup di luar tapi lembut di dalam, seakan cair di mulut. Ditambah pula dengan aroma pandan yang wangi, memang susah nak berhenti makan.

Bentuknya yang halus macam sarang semut dengan taburan coklat di atas pula buatkan ia nampak menarik dan menyelerakan.

Kalau anda nak cuba buat biskut yang lain daripada biasa, resipi ini memang sesuai. Cara pun tak susah, bahan mudah dan hasilnya memang puas hati!

Baca juga: Cara Buat Popia Nestum Rangup Guna 4 Bahan Saja, Kudapan Ringkas Tapi Memang Laku Keras!

RESIPI BISKUT SARANG SEMUT PANDAN

resipi biskut sarang semut

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 80g gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil emulco pandan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau epal
  • 200g tepung gandum
  • 200g tepung kastard
  • 100g tepung jagung
  • Coklat urai secukupnya untuk hiasan

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam mangkuk, campurkan mentega dan gula aising. Kacau sehingga sebati dan sedikit kembang.
  2. Masukkan kuning telur, emulco pandan dan pewarna hijau epal. Kacau lagi sehingga semua bahan sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Jika doh terlalu lembik, boleh tambah sedikit tepung kastard.
  4. Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 20 hingga 30 minit supaya lebih mudah dibentuk.
  5. Ambil sedikit doh dan sagat menggunakan penyagat. Sudukan doh yang telah disagat ke dalam cawan kertas (paper cup) sehingga penuh.
  6. Taburkan coklat urai di atasnya sebagai hiasan.
  7. Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak. Masa bergantung kepada jenis oven masing-masing.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Cara Buat Semperit Klasik Guna Acuan Legend, Hasilnya Gebu Dan Cair Di Mulut!

The post Resipi Biskut Sarang Semut Pandan, Rangup Di Luar & Cair Bila Masuk Mulut appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!