Langkau ke kandungan utama

Cara Buat Sotong Goreng Tepung Simple Hanya Dengan 5 Bahan, Sesuai Untuk Menu Berbuka Ekspres!

Imej
https://ift.tt/DgcQfFj Bulan Ramadan tiba, waktu terbaik untuk sediakan hidangan sotong goreng tepung simple yang rangup dan sedap untuk keluarga. Resipi ini sesuai untuk berbuka atau sahur kerana mudah, cepat dan tak perlukan banyak bahan. Hafizah Haron sendiri cuba pelbagai cara, tapi cara paling simple guna satu jenis tepung sahaja dan hasilnya tetap rangup macam kat kedai! Sotong yang betul-betul tiada air adalah kunci supaya tidak meletup semasa digoreng. Ikuti langkah mudah di bawah untuk nikmati hidangan yang rangup sepanjang Ramadan. Baca juga: Cara Mudah Basuh Sotong Supaya Tak Hanyir, Guna Satu Bahan Dapur Saja! RESIPI SOTONG GORENG TEPUNG SIMPLE Bahan-bahan: 500g sotong, dibersihkan dan ditos 1 cawan tepung self-raising 1 biji telur Sedikit lada sulah Minyak untuk menggoreng Cara-cara penyediaan: 1. Tos sotong sehingga tiada air Tos selama 30–40 minit sehingga air bertakung hilang. Sotong yang kering penting supaya tidak meletup semasa goreng. 2. Sediak...

Resipi Biskut Kelapa Legend Yang Rangup & Mudah Dibuat, Terubat Rasa Dulu-Dulu Yang Dirindui

https://ift.tt/riU4fNo

biskut kelapa legend

Resipi biskut kelapa legend ini memang tak lapuk dek zaman. Dari dulu sampai sekarang, rasa klasiknya tetap jadi pilihan. Setiap kali dibakar, bau kelapa kering yang disangai memenuhi dapur dan buat sesiapa pun tak sabar nak merasa.

Keistimewaan biskut kelapa ini terletak pada aroma kelapa yang wangi dan teksturnya yang rangup di luar, namun lembut di dalam. Walaupun nampak ringkas, rasanya memang tak muak walaupun makan berulang kali. Sebab itu ramai yang suka jadikan ia sebagai biskut raya.

Kalau anda sedang mencari resipi biskut kelapa yang mudah, bahan tak banyak dan hasilnya memang menjadi, ini antara yang wajib cuba!

Baca juga: Resipi Biskut Jejari Oat Sedap Buat Kudapan, Tak Sedar Sebalang Boleh Habis

RESEPI BISKUT KELAPA LEGEND

biskut kelapa legend

Bahan-bahan A:

  • 2 cawan kelapa kering (disangai hingga perang dan naik bau, kemudian sejukkan)

Bahan-bahan B:

  • 250 gram mentega atau marjerin
  • 1 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit pewarna makanan (ikut selera, pilihan)

Bahan-bahan kering:

Bahan-bahan C (Hiasan):

  • Putih telur
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit esen vanila
  • Kelapa kering yang dicampur sedikit pewarna merah

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam bekas, masukkan semua bahan B. Gaul sehingga sebati dan berkrim. Tidak perlu pukul terlalu lama atau hingga terlalu kembang.
  2. Masukkan bahan kering (tepung ubi dan tepung gandum). Gaul secara kaup balik sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan bahan A (kelapa kering yang telah disangai) sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga menjadi doh yang sekata.
  4. Jika mahu, boleh tambahkan sedikit pewarna makanan ke dalam doh. Namun, tanpa pewarna pun biskut tetap sedap dan cantik secara semula jadi.
  5. Bentukkan doh mengikut citarasa masing-masing dan susun atas loyang yang telah dialas kertas pembakar.
  6. Hiaskan bahagian atas biskut menggunakan bahan C.
  7. Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak, bergantung pada suhu oven masing-masing.

Sumber: Raja Azura

Baca juga: Cara Buat Biskut Coklat Rice Viral, Resipi Mudah Versi ‘Mesra Poket’!

The post Resipi Biskut Kelapa Legend Yang Rangup & Mudah Dibuat, Terubat Rasa Dulu-Dulu Yang Dirindui appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!