Langkau ke kandungan utama

Resipi Sagu Bunga Telang Gula Melaka Yang Lemak Manis Berkrim, Cantik Berkilat Macam Mutiara Biru!

Imej
https://ift.tt/aERB5gT Resepi sagu bunga telang ini sesuai dijadikan pencuci mulut tradisional yang bukan sahaja sedap, malah cantik dipandang. Warna biru asli daripada bunga telang menjadikan sagu kelihatan berkilat seperti mutiara biru, tanpa perlu menggunakan pewarna tiruan. Selain dijadikan minuman herba, bunga telang juga sering digunakan sebagai pewarna semula jadi dalam masakan seperti nasi kerabu. Dalam resipi sagu bunga telang ini, air rebusan bunga telang digunakan untuk memberi warna biru yang lembut dan semula jadi pada sagu. Gabungan tekstur sagu yang kenyal lembut bersama sira gula melaka dan susu cair memang cukup sempurna. Kalau dihidangkan sejuk-sejuk, memang bertambah sedap dan menyegarkan. Baca juga: Resipi Sagupal Inti Kacang Hijau, Kuih Tradisional Yang Selalu Dicari Semasa Ramadan RESEPI SAGU BUNGA TELANG GULA MELAKA Bahan-bahan: 1 cawan sagu 1 ketul gula melaka 10 hingga 15 kuntum bunga telang 1 helai daun pandan 1/4 cawan susu cair Secubit garam Ai...

Murtabak Mi Segera Siap Kurang 30 Minit, Confirm Licin Sampai Semua Anak Puji!

https://ift.tt/qzl1AKM

murtabak maggi

Nak berbuka puasa dengan menu yang mudah, cepat dan sedap? Cubalah murtabak maggi ini, satu resipi viral yang confirm licin dimakan keluarga. Sesuai untuk mereka yang sibuk, tapi tetap nak hidangan berbuka yang sedap dan memuaskan.

Satu bungkus mi segera boleh jadi dua keping murtabak, siap kurang 30 minit sahaja. Hidangkan panas bersama sos bawang untuk rasa maksimum, pasti jadi kegemaran semua!

Baca juga: Murtabak Daging Kulit Popia Tanpa Gagal, Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

RESIPI MURTABAK MAGGI CEPAT SEDAP

murtabak maggi

Bahan-bahan untuk murtabak:

  • 1 bungkus mi segera kari
  • 1–2 keping daging burger / minced beef
  • 2 biji telur
  • 2 biji bawang besar
  • 1 batang cili
  • 1 sudu besar serbuk kari daging/ayam
  • Sedikit air
  • Garam dan gula ikut selera
  • Sedikit minyak

Bahan-bahan untuk sos bawang:

  • 1 biji bawang besar (hiris halus)
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2–3 sudu besar air
  • 1 titik pewarna merah (pilihan)

*Tip: Sukatan boleh diubah ikut citarasa sendiri.

Cara-cara penyediaan:

1. Celur Mi Segera

Rebus mi segera hingga masak. Toskan dan sejukkan.

2. Sediakan Inti

  • Potong dadu bawang besar, hiris cili, cincang daging burger.
  • Campur serbuk mi segera dan serbuk kari dengan sedikit air jadi pes kari.
  • Panaskan minyak, tumis pes kari hingga pecah minyak. Masukkan bawang, daging dan air. Masak hingga sedikit kering. Biarkan sejuk.

3. Campur Dengan Telur Dan Mi Segera

  • Pukul telur dalam dua mangkuk.
  • Bahagikan mi segera dan inti murtabak kepada dua bahagian.
  • Masukkan ke dalam telur, gaul rata, tambah garam dan gula ikut selera.

4. Masak Murtabak

  • Panaskan sedikit minyak, tuang campuran mi segera. Tekan perlahan supaya padat.
  • Masak hingga garing, balikkan. Masak hingga kedua-dua belah masak sempurna.
  • Ulang untuk keping kedua.

5. Sos Bawang

Gaul semua bahan sos bawang sebati. Hidang bersama murtabak panas.

Tips Tambahan

  • Masak dengan api perlahan untuk hasil murtabak lebih cantik dan padat.
  • Tambah sayur seperti lobak merah atau kubis untuk versi lebih sihat.
  • Sos bawang buat rasa murtabak lebih sedap dan menarik.

Resipi murtabak maggi menggunakan mi segera ini sangat sesuai untuk berbuka puasa—mudah, cepat dan confirm disukai semua! Hidangkan panas bersama sos bawang untuk rasa maksimum.

Selamat mencuba!

Sumber: Ummi Shikin

Baca juga: Martabak Telur Kulit Popia Rangup Ketagih, Goreng Dengan Sedikit Minyak Saja

The post Murtabak Mi Segera Siap Kurang 30 Minit, Confirm Licin Sampai Semua Anak Puji! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!