Resipi Kuih Onde-Onde Kenyal & Meletup Dalam Mulut, Inti Gula Melaka Cair Meleleh!

Anda sedang mencari resepi kuih onde onde yang sedap, lembut dan tidak mudah pecah? Kuih tradisional yang juga dikenali sebagai Buah Melaka ini sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia, terutama sebagai hidangan berbuka puasa atau minum petang.
Walaupun nampak mudah, ada teknik tertentu untuk memastikan gula melaka di dalamnya cair sepenuhnya dan dohnya pula kekal kenyal tetapi tidak terlalu lembik. Jom ikuti langkah demi langkah di bawah!
Baca juga: Resipi Kuih Koci Labu Leleh Kesukaan Ramai, Inti Gula Melaka Lembap & Tak Kering
RESEPI KUIH ONDE ONDE

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung beras (untuk tekstur yang lebih cantik dan tak terlalu lembek)
- 5 helai daun pandan
- Gula melaka secukupnya (dipotong kiub kecil)
- Kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja)
- Garam halus secukup rasa (untuk digaulkan dengan kelapa)
- Sedikit pewarna hijau (untuk warna yang lebih menyerlah)
- Air secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapiskan untuk mengambil patinya. Campurkan pati pandan tersebut dengan sedikit pewarna hijau.
- Dalam sebuah bekas, satukan tepung pulut dan tepung beras. Tuangkan air pandan sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga adunan menjadi lembut, tidak melekat di tangan dan boleh digentel dengan mudah.
- Isi air sehingga 3/4 penuh di dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
- Ambil sedikit adunan (sebesar ibu jari), leperkan di atas tapak tangan dan letakkan seketul kiub kecil gula melaka di tengahnya. Tutup rapat dan bulatkan dengan kemas supaya inti tidak bocor semasa direbus.
- Masukkan bebola tadi ke dalam air yang sedang mendidih. Tunggu sehingga bebola tersebut timbul ke permukaan air, itu tandanya kuih sudah masak.
- Angkat bebola dan toskan seketika. Terus golekkan atau salutkan buah melaka tadi ke dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam halus.
- Susun di atas pinggan dan sedia untuk dinikmati bersama keluarga!
Sumber: Love Nor Hadzari
Baca juga: Resipi Kuih Cara Crispy Yang Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Sebiji Tak Cukup!
The post Resipi Kuih Onde-Onde Kenyal & Meletup Dalam Mulut, Inti Gula Melaka Cair Meleleh! appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan