https://ift.tt/uybPk34 Kalau anda sedang cari resipi daging palembang yang kuahnya pekat, berempah dan berkilat naik minyak, inilah versi yang ramai ulang masak. Gabungan santan pekat, kicap manis dan rempah kisar menjadikan daging palembang ini cukup kaya, lembut dan sangat menyelerakan. Teknik istimewa resipi daging palembang ini ialah daging digoreng tanpa minyak terlebih dahulu untuk mengeluarkan jus semula jadi. Hasilnya, rasa daging lebih padu dan kuah jadi lebih sedap. Baca juga: Daging Singgang, Resipi Kuah Ringan Sedap & Sihat Yang Wajib Dicuba Waktu Puasa RESIPI DAGING PALEMBANG PEKAT BEREMPAH Bahan-bahan: 1 kg daging hiris nipis (daging batang pinang atau daging pejal) 1 kotak kecil santan atau 1 cawan santan pekat 3 kuntum bunga lawang 3 batang serai (diketuk) ½ cawan kicap manis 3 sudu besar kicap masin 3 sudu besar sos cili 1 sudu besar gula merah Sedikit bahan perasa ½ cawan air Bahan-bahan kisar: 15 tangkai cili kering 4 biji bawang besar 7 u...
Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Yang Rangup & Harum, Makan Panas-Panas Baru Padu!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
https://ift.tt/tb1pVxK

Kalau ayam bawang putih ada depan mata, memang tak boleh tolak. Bau wangi bawang yang digoreng bersama ayam panas-panas boleh buat perut lapar. Bahan perapan yang ringkas tetapi cukup menaikkan rasa.
Resipi ini sangat sesuai dijadikan lauk berbuka puasa, makan tengah hari atau makan malam kerana cara penyediaannya mudah dan cepat tanpa menggunakan banyak sos atau bahan rumit.
Baca juga: Resipi Ayam Sos Tiram Bersalut Kuah Pekat, Menu Ringkas Tapi Jadi Rebutan!
RESEPI AYAM BAWANG PUTIH RANGUP

Bahan-bahan:
- Ayam
- Serbuk kunyit
- Serbuk paprika
- Serbuk bawang putih
- Tepung jagung
- 1 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
- 10 ulas bawang putih (diketuk sedikit)
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, paprika, serbuk bawang putih, tepung jagung dan garam sehingga rata. Perap sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit supaya bahan meresap.
- Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
- Masukkan ayam dan goreng sehingga separuh masak.
- Kemudian, masukkan bawang yang telah diketuk ke dalam minyak dan goreng bersama ayam.
- Teruskan menggoreng sehingga ayam masak sepenuhnya dan bawang bertukar warna keperangan serta rangup.
- Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan bersama nasi putih dan lauk sampingan lain.
Sumber resipi dan gambar: Wiwien Chempaka
Baca juga: Resipi Telur Bungkus Isi Ayam, Menu Ringkas & Mengiurkan Bila Buntu Nak Masak Apa
The post Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Yang Rangup & Harum, Makan Panas-Panas Baru Padu! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
UNTUK TEMPAHAN
Catatan popular daripada blog ini
Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!
https://ift.tt/xXcnhIU Nasi impit dan sate tak lengkap dihidangkan tanpa kuah kacang. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuah Kacang sedap yang hasilnya mampu membuatkan selera anda terangkat. Kuah Kacang merupakan sos atau kuah yang diperbuat daripada kacang tanah, biasanya digoreng atau disangai dahulu, kemudian dikisar dan dimasak bersama bahan-bahan lain. Kami terjumpa perkongsian oleh Ibu Ayyash di Lemon8 tentang cara buat Kuah Kacang yang diperoleh daripada jirannya yang berniaga sate lebih 35 tahun. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Bakar Sate Ayam Paling Mudah Guna Oven, Tengok Hasilnya Memang Berbaloi RESEPI KUAH KACANG SEDAP Bahan-bahan: 3 hingga 4 biji bawang merah besar* 5 ulas bawang putih * ½ inci halia * 20 tangkai cili kering* 2cm asam keping ¼ gula merah 200g kacang 1 batang serai 100g daging segar Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, goreng kacang tanah sampai masak, angkat dan letak tepi. 2. Selepas itu, goreng bahan bertanda (*) dan angkat setela...
Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!
https://ift.tt/CchOEKS Dalam banyak-banyak hidangan ringkas untuk jamuan, ramai yang suka resepi Roti Jala simple. Bukan saja mudah dibuat, malah bahannya pun tak berapa banyak diperlukan. Roti Jala merupakan antara makanan tradisional Melayu yang popular di Malaysia, terutamanya ketika kenduri. Ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya menyerupai jala atau jaring. Selalu nampak orang lain buat, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba sendiri resepi Roti Jala simple yang dikongsikan oleh Suzana Nurkasih di Facebook. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap! RESEPI ROTI JALA SIMPLE Bahan-bahan: 1kg tepung gandum 3 biji telur 1 santan kotak saiz kecil 2 sudu besar minyak masak Air secukupnya Sedikit kunyit Sedikit garam 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, bancuh semua bahan di atas dalam besen besar sampai sedikit pekat. 2. Semasa kisar nanti, tambah air dan lihat pusaran air sebesar ibu jari. ...
Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!
https://ift.tt/xU85Xga Tindakan sebuah restoran mencetuskan rasa jijik dan kemarahan orang ramai selepas tular dakwaan penggunaan semula lebihan makanan yang telah dihidangkan kepada pelanggan. Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna media sosial yang mendakwa menyaksikan sendiri seorang pekerja mencuci baki lauk di bahagian belakang premis sekitar jam 12.18 tengah malam pada Selasa. Difahamkan, sisa lauk seperti ayam, kambing dan tauhu yang dipercayai lebihan hidangan pelanggan dibasuh sebelum diasingkan ke dalam dulang. Baca juga: Lelaki Ini Jual Ais Kacang Di Sweden Guna Mesin Dari Malaysia, Netizen Terkejut Tengok Harga! LEBIHAN MAKANAN DIBASUH UNTUK DIJUAL SEMULA Individu itu berkata, dia telah menegur perbuatan tersebut dan dimaklumkan bahawa sisa makanan berkenaan akan digunakan semula pada keesokan hari. Perkara itu menimbulkan rasa tidak selesa serta kebimbangan kerana melibatkan aspek keselamatan makanan dan kesihatan pengguna. Tambahnya lagi, pada peringkat awal...
Ulasan
Catat Ulasan