Langkau ke kandungan utama

Daging Singgang, Resipi Kuah Ringan Sedap & Sihat Yang Wajib Dicuba Waktu Puasa

Imej
https://ift.tt/eorK9AM Kalau sebut menu kampung yang paling menyegarkan ketika Ramadan, memang ramai akan teringat daging singgang. Hidangan berkuah jernih ini bukan sahaja mudah dimasak, malah rasanya masam-masam berempah yang sangat membuka selera selepas seharian berpuasa. Menariknya, resipi ini menggunakan bahan dapur asas sahaja, tetapi hasilnya cukup padu, wangi dan menyelerakan. Jom cuba buat sendiri di rumah! Baca juga: Udang Masak Singgang Menyegarkan, Resipi Campak-Campak Ini 15 Minit Terus Siap RESIPI DAGING SINGGANG Bahan-bahan: Tulang atau daging – hiris nipis Halia – hiris Lengkuas – hiris Bawang merah – hiris Bawang putih – hiris Serai – diketuk Lada kering – tumbuk kasar bersama biji ketumbar 1 sudu ketumbar – tumbuk kasar Asam keping 1 sudu teh budu (pilihan) Sedikit belacan bakar Garam secukupnya Nise / gula melaka secukupnya Cara-cara penyediaan: 1. Gaulkan daging atau tulang dengan budu terlebih dahulu (jika guna). 2. Rebus sehingga dagi...

Resepi Cendol Tanpa Rasa Kapur, Lembut & Wangi Pandan Baru Lagi Selera Makan

https://ift.tt/OJAmcqD

resepi cendol sukatan cawan

Resepi cendol sukatan cawan ini sangat sesuai untuk yang nak buat sendiri di rumah tanpa guna kapur. Ramai yang suka makan cendol, tapi kurang gemar jika ada rasa atau bau kapur yang kuat. Dengan resipi ini, tekstur tetap kenyal dan lembut, malah lebih wangi kerana menggunakan air pandan asli.

Menariknya, resipi cendol sukatan cawan ini menggunakan cawan 200ml sebagai ukuran. Tak perlu timbang atau guna alat khas yang rumit. Sesuai sangat untuk dibuat ketika bulan puasa sebagai menu berbuka, atau bila-bila masa terasa nak minuman sejuk yang menyegarkan.

Kalau ikut langkah dengan betul, hasilnya memang cantik, hijau semula jadi dan tak lembik. Jom lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Resipi Kuih Lopes Guna Rice Cooker Lagi Mudah, Dah Tak Payah Balut Daun Pisang!

RESEPI CENDOL SUKATAN CAWAN

resepi cendol sukatan cawan

Bahan-bahan (sukatan cawan 200ml):

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu (tapioka)
  • 4 1/2 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan dengan air dan tapis)
  • 1/3 sudu teh garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan di dalam periuk. Kacau sehingga sebati supaya tiada tepung berketul.
  2. Masak atas api sederhana sambil terus mengacau. Pastikan adunan tidak hangit di bahagian bawah.
  3. Teruskan memasak sehingga adunan menjadi pekat, berkilat dan meletup-letup kecil. Ini tanda adunan sudah cukup masak.
  4. Angkat dan terus tekan adunan ke dalam acuan cendol di atas bekas berisi air ais. Biarkan cendol mengeras dan sejuk sepenuhnya.
  5. Toskan dan sedia untuk dihidangkan bersama santan, gula melaka cair dan ais.

Sumber: Ummi Danishaluq

Baca juga: Resipi Kuih Onde-Onde Kenyal & Meletup Dalam Mulut, Inti Gula Melaka Cair Meleleh!

The post Resepi Cendol Tanpa Rasa Kapur, Lembut & Wangi Pandan Baru Lagi Selera Makan appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!