Crab Rangoon 5 Bahan Paling Mudah, Rangup Berkrim & Boleh Buat Frozen Untuk Stok Kudapan Sedap
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Kalau anda sedang cari crab rangoon yang mudah, cepat dan confirm jadi, ini resipi yang wajib cuba. Hanya guna 5 bahan sahaja, tapi hasilnya rangup di luar, creamy di dalam dan memang tak cukup satu!
Resipi viral yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila ini sesuai sangat untuk minum petang, moreh, potluck atau buat stok frozen di rumah.
Baca juga: Roti Sardin Goreng Rangup Guna 5 Bahan Mudah, Menu Paling Anak-Anak Suka!
RESIPI CRAB RANGOON 5 BAHAN MUDAH

Bahan-bahan:
- 250g cream cheese
- 1 paket crab stick
- Kulit popia
- Daun bawang (hiris halus)
- Lada sulah secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
1. Sediakan Inti Creamy
- Potong crab stick ikut saiz pilihan (boleh cincang halus atau potong kecil).
- Panaskan sedikit minyak dan goreng crab stick seketika.
- Masukkan daun bawang dan lada sulah.
- Akhir sekali, masukkan cream cheese dan kacau sehingga sebati dan menjadi inti yang lembut serta berkrim.
2. Balut Dengan Kulit Popia
- Potong sekeping kulit popia kepada 4 bahagian.
- Letakkan satu sudu kecil inti crab rangoon di tengah.
- Lipat mengikut bentuk pilihan (segi tiga atau uncang).
- Basahkan sedikit bahagian tepi supaya kulit melekat kemas dan tak terbuka masa goreng.
3. Goreng Hingga Rangup Keemasan
- Panaskan minyak dengan api sederhana.
- Goreng crab rangoon sehingga keperangan dan garing.
- Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.
Tips Penting Supaya Crab Rangoon Kekal Rangup
- Jangan letak inti terlalu banyak
- Pastikan minyak cukup panas sebelum goreng
- Gunakan api sederhana supaya masak sekata
- Jangan bertindih masa menggoreng
Nak lagi sedap? Cicah dengan sos Thai manis pedas atau sos cili. Memang layan!
Boleh Simpan Frozen — Goreng Bila Nak Makan
Ini bahagian paling best!
1. Susun crab rangoon yang belum digoreng dalam bekas tanpa bertindih.
2. Simpan dalam freezer hingga keras.
3. Bila nak makan, terus goreng tanpa perlu nyahbeku.
Memang sesuai untuk ibu-ibu yang nak sediakan stok kudapan cepat dan praktikal.
Tekstur luar yang rangup, inti cheese yang creamy dan rasa crab yang seimbang memang buat orang ulang ambil. Tambah pula hanya guna bahan asas yang mudah dapat, memang tak ada alasan untuk tak cuba.
Kalau anda peminat crab rangoon, ini versi homemade yang lebih jimat dan boleh buat ikut citarasa sendiri.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Dayang Zuhaila
Baca juga: Resepi Garlic Bread Simple Dengan 5 Bahan Mudah, Sekali Makan Terus Ketagih!
The post Crab Rangoon 5 Bahan Paling Mudah, Rangup Berkrim & Boleh Buat Frozen Untuk Stok Kudapan Sedap appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan