Langkau ke kandungan utama

Cara Masak Mi Bandung Sedap Macam Kedai, Kuah Pekat Sampai Nak Tambah Mangkuk Kedua

Imej
https://ift.tt/Sug5eCE Mee bandung sedap memang antara menu kegemaran rakyat Malaysia yang tak pernah jemu dinikmati. Dengan kuah pekat berempah, rasa lemak kacang tanah dan gabungan ayam serta udang, hidangan ini cukup lengkap dan mengenyangkan, memang sesuai untuk bila-bila masa. Kalau anda sedang mencari resipi mee bandung yang mudah tapi rasa macam di kedai, perkongsian oleh Nazurah Muzafar ini wajib cuba. Guna bahan ringkas dan cara masak yang cepat, hasilnya memang padu dan confirm buat bertambah! Baca juga: Cara Buat Mee Kari Simple Berkuah Lembut & Pekat, Aromanya Cukup Memikat Selera RESIPI MEE BANDUNG SEDAP Bahan-bahan kisar: ½ biji bawang merah besar ½ biji bawang Holland 2 ulas bawang putih 1 inci halia 2 sudu besar udang kering 5 tangkai cili kering (rendam air panas 5 minit) Sedikit air (untuk mengisar) Cara-cara penyediaan: 1. Kisar semua bahan di atas sehingga halus. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau. 3. M...

Resipi Dalca Daging Pekat Memikat, Masak Di Rumah Tapi Rasa Macam Kenduri!

https://ift.tt/FSweM92

dalca daging

Resipi dalca daging memang sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak. Dengan kuah yang pekat, daging yang empuk, dan sayur-sayuran yang masak sempurna, hidangan ini pasti menjadi kegemaran ramai.

Anda juga boleh menambahkan bahan-bahan lain mengikut cita rasa. Resipi ini menggunakan sayur lobak merah, kentang dan terung sahaja. Walaupun ringkas, rasanya sudah cukup nikmat.

Baca juga: Resipi Sup Ekor Kuah Pekat & Daging Empuk, Sekali Hirup Kuah Terus Nak Tambah Nasi!

RESEPI DALCA DAGING YANG MUDAH DAN SEDAP

dalca daging

Bahan-bahan:

  • 500 gm daging lembu batang pinang (dipotong kecil)
  • 1 peket kecil rempah kari daging
  • 5 cawan santan (boleh tambah jika perlu)
  • 2 biji terung bulat (dipotong saiz sederhana)
  • 4 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 1–2 batang lobak merah (dipotong serong)
  • 200 gm kacang dal (direndam 1 jam)

Bahan tumisan:

  • 4 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris)
  • 2 cm halia (diketuk atau dihiris halus)
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 1 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Bersihkan daging dan potong kecil. Kupas bawang dan halia, kemudian mayang halus atau tumbuk kasar. Bersihkan sayur-sayuran dan potong mengikut saiz yang sesuai. Tos kacang dal yang telah direndam.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga bawang layu dan naik bau.
  3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga rempah masak dan timbul minyak.
  4. Masukkan santan, daging dan kacang dal ke dalam periuk. Biarkan kuah mendidih sehingga kacang dal kembang dan daging empuk. Tambah santan jika kuah kurang.
  5. Masukkan ubi kentang, biarkan hingga lembut. Kemudian, masukkan sayur terung, lobak merah dan garam secukup rasa.
  6. Setelah semua bahan masak dan kuah pekat, matikan api dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Hairul Nizam Ijam

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Daging Padu, Punyalah Sedap Sampai Masak Sekuali Pun Tak Cukup!

The post Resipi Dalca Daging Pekat Memikat, Masak Di Rumah Tapi Rasa Macam Kenduri! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!