Resipi Baby Pancake Mini Yang Bulat Comel, Kekal Gebu & Lembut Walaupun Dah Sejuk
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Sedang mencari idea menu potluck sekolah hujung tahun yang ringkas tetapi tetap sedap? Resepi baby pancake gebu ini memang pilihan yang tepat. Anak-anak pun pasti suka kerana saiznya kecil, lembut dan mudah dimakan.
Pancake ini dimasak menggunakan pan takoyaki, menjadikan bentuknya bulat comel dan masak sekata. Sangat sesuai dihidangkan sebagai snek, minum petang atau menu potluck sekolah.
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Cheesekut Mini Untuk Jamuan, Confirm Licin Tak Tinggal Jejak
RESEPI BABY PANCAKE GEBU

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1½ – 2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
- ½ sudu teh garam
- 1 biji telur
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu besar gula (boleh tambah sehingga 3 sudu besar jika suka lebih manis)
- 2 sudu besar mentega, dicairkan (boleh ganti dengan minyak)
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu besar cuka masak – jika ingin jadikan susu segar sebagai buttermilk
Cara-cara memasak:
- Dalam sebuah mangkuk, campurkan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan gula. Kacau hingga sebati.
- Dalam bekas lain, pukul telur bersama susu segar, mentega cair atau minyak, serta esen vanila sehingga sebati.
- Tuangkan campuran bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan atau kisar menggunakan blender hingga sebati. Elakkan mengacau terlalu lama, biarkan adunan sedikit berketul supaya pancake lebih gebu.
- Panaskan kuali non-stick atau pan takoyaki dengan api perlahan. Sapukan sedikit minyak atau mentega.
- Sendukkan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga muncul gelembung di permukaan serta bahagian tepi mula kering. Terbalikkan dan masak sebelah lagi sehingga keemasan.
Sumber: Faizah Salleh
Baca juga: Resipi Puding Karamel Mini Tanpa Telur, Saiz Kecil Comel Sesuai Untuk Jamuan Sekolah Anak
The post Resipi Baby Pancake Mini Yang Bulat Comel, Kekal Gebu & Lembut Walaupun Dah Sejuk appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan