Langkau ke kandungan utama

Full guide - How to Make Slime Without Activator With Glue and Water

Imej
  Have you ever watched those satisfying slime videos online and wondered if you could make your own at home without using complicated ingredients? Surprisingly, many people think slime always requires borax, contact lens solution, or special activators — but there are actually simple methods that can still create a fun stretchy texture using common household items. The secret lies in understanding the texture, consistency, and mixing process. While glue and water alone may not instantly transform into perfect slime, using the right technique can help create a soft, gooey, and satisfying DIY slime-like mixture that is fun to play with. Whether you are trying this for a school activity, boredom relief, DIY fun, or simply to experiment at home, this guide will show you an easy and beginner-friendly way to make slime safely. Ingredients You Need Before starting, prepare these simple ingredients: White school glue Water Mixing bowl Spoon or mixing stick Optional ingredients: Food color...

Kapur Makan Bukan Saja Buat Gorengan Lagi Rangup, Rupanya Banyak Fungsi Lain Dalam Masakan!

https://ift.tt/cLgXOsI

kapur makan

Kapur makan sering digunakan dalam masakan. Ia membantu dalam merangupkan, mengeraskan dan menstabilkan tekstur makanan, terutama kuih dan bahan gorengan.

Selain itu, kapur makan juga digunakan untuk memerahkan warna makanan. Ia menjadikan pulut atau bancuhan tepung kelihatan lebih menarik dan ‘naik’ warnanya.

Kapur makan ini juga membantu dalam penyediaan jeruk, sayur dan beberapa jenis manisan. Ia membuat bahan lebih rangup, tahan lama dan teksturnya lebih stabil.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang kegunaan lain kapur makan dalam masakan, jom baca artikel ini hingga habis.

Baca juga: 21 Kegunaan Cuka Yang Ramai Tak Tahu, Bukan Hanya Guna Dalam Masakan

KEGUNAAN KAPUR MAKAN DALAM MASAKAN

kapur makan

1. Menjadikan Buah & Sayur Lebih Rangup

Air kapur boleh digunakan untuk menguatkan tekstur buah atau sayur supaya tidak mudah lembik bila dimasak atau dijeruk.

Contohnya:

  • Jeruk buah katak puru / nam-nam
  • Jeruk mangga
  • Jeruk kundang
  • Acar buah atau sayur

Rendam sekejap buah dalam air kapur untuk menjadikannya lebih rapuh, rangup dan tidak kecut. Sebab itu, jeruk yang menggunakan air kapur biasanya mempunyai tekstur yang lebih menarik dan sedap digigit.

2. Menghasilkan Kuih Yang Lebih Kenyal

Dalam pembuatan kuih tradisional, air kapur membantu menambah keanjalan dan struktur pada adunan supaya tak mudah pecah atau lembik.

Antaranya:

  • Kuih keria
  • Kuih kochi
  • Kuih lopes
  • Tepung pelita (nak lapisan hijau lebih firm)
  • Kuih kasturi
  • Kuih onde-onde (supaya kulit tak mudah koyak)

Air kapur menjadikan kuih lebih kenyal, gebu dan elok bentuknya bila dipotong.

3. Membantu Mengurangkan Lendir Atau Bau Dalam Bahan Mentah

Air kapur kadang-kadang boleh digunakan untuk:

  • Mengurangkan lendir pada beberapa jenis sayur
  • Menghilangkan bau pada bahan tertentu sebelum dimasak

4. Membuat Rempeyek, Kerepek & Gorengan Lebih Rangup

Air kapur boleh membantu merangupkan dan mengeraskan bahan masakan, terutama yang berasaskan tepung dan digoreng dengan banyak minyak. Contohnya, bancuhan tepung untuk goreng pisang, keledek dan seumpamanya.

Biasanya guna sedikit sahaja air kapur saja. Kira-kira satu sudu teh, sudah cukup untuk dicampur ke dalam adunan tepung. Contohnya, 3 bahagian tepung beras, 1 bahagian tepung gandum dan 1 sudu teh air kapur.

5. Menjadikan Mi Kuning Lebih Kenyal

Untuk sesiapa yang suka buat mi kuning homemade, air kapur ialah bahan yang wajib diletak. Ia memberikan:

  • Warna kuning yang lebih cantik
  • Tekstur kenyal dan tidak mudah putus
  • Tidak lembik bila direndam

6. Untuk Memerahkan Warna Makanan

Bila dicampur dengan kunyit, ia akan menghasilkan warna merah semula jadi. Campuran dua bahan ini biasanya digunakan semasa merendam pulut. Hasilnya pulut cantik warnanya tanpa mengubah rasa.

Sumber: Facebook

Baca juga: Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Ini Beza Gula Melaka & Gula Kabung Yang Ramai Keliru

The post Kapur Makan Bukan Saja Buat Gorengan Lagi Rangup, Rupanya Banyak Fungsi Lain Dalam Masakan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Sup Udang Paling Simple Tapi Sedap, Kuah Manis Beraroma Ini Rahsia Ramai Bertambah Nasi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan

5 Resipi Air Viral Khairul Aming Yang Mudah Buat Sendiri Di Rumah & Sedap Untuk Buka Puasa, Cubalah!