Resipi Pau Kastard Jagung Gebu Dan Lembut, Sekali Makan Memang Tak Cukup Sebiji!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Kali ini, MyResipi nak kongsikan resipi pau inti kastard jagung yang manis berlemak dan sangat sedap dimakan panas-panas. Pau lembut di luar dan inti pekat di dalam.
Anda boleh sesuaikan sukatan inti mengikut selera, sama ada manis lebih atau kurang. Dengan resipi mudah ini, sesiapa pun boleh cuba buat pau gebu ala kedai di rumah.
Baca juga: Resipi Cireng Goreng Rangup & Kenyal, Kudapan Simple Guna Tepung Ubi Saja!
RESIPI PAU KASTARD JAGUNG

Bahan A (larutan yis):
- 1 ½ cawan air suam kuku
- 1 paket yis
- 2 sudu besar gula pasir
Cara sediakan: Satukan semua bahan dalam satu bekas, kacau dan biarkan selama 5–6 minit hingga berbuih.
Bahan B (tepung pau):
- 4 ½ cawan tepung pau (atau tepung gandum biasa)
- 3 sudu besar shortening (boleh guna butter)
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 ½ sudu teh baking powder
Cara sediakan: Satukan semua bahan dan gaul hingga menjadi serbuk.
Cara membuat pau:
- Masukkan larutan yis (Bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama 8–10 minit.
- Peram doh dalam bekas bertutup selama 15 minit.
- Uli semula doh, kemudian bulat-bulatkan. Ambil satu doh, masukkan inti kastard jagung dan lapik dengan daun pisang atau kertas minyak. Ulang untuk semua doh.
- Peram semula selama 18–20 minit (untuk pau inti kaya, peram 15–18 minit sahaja).
- Sementara itu, panaskan air kukusan hingga mendidih.
- Kukus pau yang telah diperam selama 7–8 minit (balut kain pada penutup kukusan supaya wap tidak menitik).
- Untuk memastikan pau sentiasa lembut, simpan dalam bekas kedap udara dan jangan biarkan terdedah pada udara.
Bahan-bahan inti:
- ½ cawan tepung kastard atau tepung jagung
- 1 tin jagung krim (sy guna ¾ cawan)
- 1 cawan susu cair atau susu full cream
- 2 cawan air
- ¾ cawan gula (boleh kurang atau tambah ikut rasa)
- Pewarna kuning (jika mahu)
- 2 sudu besar butter (masuk terakhir)
- Sedikit garam
- Esen jagung (jika ada, optional)
Nota: Sukatan boleh diubah ikut kesesuaian. Jangan terlalu pekat atau cair, sebab kalau pekat, inti akan jadi puding jagung. Butter atau marjerin wajib untuk memberi tekstur yang cantik dan sesuai untuk pau.
Cara buat inti:
- Campur semua bahan kecuali butter dan esen jagung, kacau hingga sebati.
- Masak atas api sederhana sambil kacau sehingga pekat.
- Akhir sekali, masukkan butter/marjerin dan esen jagung (jika guna). Kacau rata dan sejukkan sebelum digunakan sebagai inti pau.
Sumber: Samsinar Bustami
Baca juga: Resipi Cireng Goreng Rangup & Kenyal, Kudapan Simple Guna Tepung Ubi Saja!
The post Resipi Pau Kastard Jagung Gebu Dan Lembut, Sekali Makan Memang Tak Cukup Sebiji! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan