Langkau ke kandungan utama

Full guide - How to Make Slime Without Activator With Glue and Water

Imej
  Have you ever watched those satisfying slime videos online and wondered if you could make your own at home without using complicated ingredients? Surprisingly, many people think slime always requires borax, contact lens solution, or special activators — but there are actually simple methods that can still create a fun stretchy texture using common household items. The secret lies in understanding the texture, consistency, and mixing process. While glue and water alone may not instantly transform into perfect slime, using the right technique can help create a soft, gooey, and satisfying DIY slime-like mixture that is fun to play with. Whether you are trying this for a school activity, boredom relief, DIY fun, or simply to experiment at home, this guide will show you an easy and beginner-friendly way to make slime safely. Ingredients You Need Before starting, prepare these simple ingredients: White school glue Water Mixing bowl Spoon or mixing stick Optional ingredients: Food color...

Resipi Apam Tepung Beras Tanpa Nasi Sejuk, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu Bila Dimakan!

https://ift.tt/KM6xiYa

apam tepung beras

Apam tepung beras tanpa nasi ini mudah dibuat dan tetap sedap walaupun tanpa nasi, tetap lembut dan kenyal. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh cuba sendiri di rumah tanpa perlu risau jika tiada nasi sejuk.

Yang menariknya, apam ini hanya menggunakan tepung gandum, tepung beras, gula, air, garam dan yis sahaja. Semua bahan ini dicampur dan diblender sehingga sebati sebelum ditambah yis.

Selain mudah dibuat, apam tepung beras tanpa nasi ini boleh dikukus dalam acuan kecil atau besar mengikut kesesuaian dan pastinya aroma manis serta tekstur lembutnya akan membuatkan semua orang suka.

Baca juga: Resipi Kek Apam Coklat Lembut & Gebu, Ini Rahsia Supaya Tak Ada Bau Hanyir Telur Langsung!

RESEPI APAM TEPUNG BERAS TANPA NASI

apam tepung beras

Bahan-bahan: (gunakan cawan yang sama saiznya untuk semua bahan)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 ½ cawan gula
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 11 gram yis Mauripan

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali yis) ke dalam blender dan kisar sehingga sebati. Pastikan jumlah air tidak lebih atau kurang.
  2. Setelah adunan sebati, masukkan yis dan kacau menggunakan pemukul telur supaya yis sebati dengan adunan.
  3. Perhatikan adunan. Jika terdapat buih-buih kecil di atasnya, itu tanda yis sedang aktif. InsyaAllah, dalam masa 30 minit adunan akan naik.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan (boleh penuhkan, saya gunakan acuan paling kecil).
  5. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit.
  6. Siap! Apam akan menjadi lembut dan kenyal.

Tips: Resipi ini tanpa nasi, tapi tetap sedap. Kalau guna nasi, teksturnya lebih kenyal dan baunya wangi.

Sumber: Amira Abdul

Baca juga: Resipi Apam Kampung Cara Orang Lama Yang Lembut & Wangi, Tak Pernah Jemu Makan!

The post Resipi Apam Tepung Beras Tanpa Nasi Sejuk, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu Bila Dimakan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Resipi Telur Berlado Paling Jimat, Menu ‘Tengah Bulan’ Yang Mudah Tapi Power!