Langkau ke kandungan utama

Jom Buat Sendiri Apam Balik Homemade, Puas Hati Boleh Letak Banyak Inti!

https://ift.tt/98LlyuX

resepi apam balik gebu

Kalau sedang menjadi resepi apam balik gebu yang mudah dan confirm jadi, boleh cuba perkongsian oleh Pn Habsah Ngah ini.

Apam balik homemade lebih puas hati sebab boleh letak sebanyak mana inti yang disukai mengikut selera. Nak letak kacang tanah, jagung, coklat atau susu pekat, semuanya boleh!

Resipi ini menggunakan bahan yang sangat ringkas dan adunan hanya perlu diperap selama satu jam untuk dapatkan tekstur lebih gebu dan lembut. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Cucur Jagung Yang Rangup Sampai Malam, Dah Sejuk Pun Masih Sedap!

RESEPI APAM BALIK GEBU

resepi apam balik gebu

Bahan-bahan adunan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar susu tepung
  • Sedikit pewarna kuning (jika suka)
  • Jika nak buat versi pandan, tambah 2 sudu besar pes pandan

Bahan-bahan inti:

  • Kacang tanah (dikisar)
  • Jagung manis tin
  • Mentega
  • Gula
  • Coklat coin atau coklat rice
  • Susu pekat

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan sehingga sebati.
  2. Perap adunan selama 1 jam.
  3. Panaskan non-stick pan (tidak perlu disapu minyak).
  4. Ambil adunan sesenduk jika mahu nipis, dua senduk jika mahu tebal seperti pancake.
  5. Apabila adunan setengah masak, tabur inti gula, kacang tanah, jagung, coklat dan
  6. sedikit mentega. (Boleh tambah inti lain mengikut citarasa).
  7. Lipat apam dua dan angkat dari pan.
  8. Sapukan sedikit mentega pada permukaan apam dan potong ikut suka.

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Resipi Cireng Goreng Rangup & Kenyal, Kudapan Simple Guna Tepung Ubi Saja!

The post Jom Buat Sendiri Apam Balik Homemade, Puas Hati Boleh Letak Banyak Inti! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan