Resepi Donat Susu Sedap, Gebu & Lembut Sampai Petang, Sekali Cuba Terus Nak Lagi!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Ramai suka makan donat kerana gebu, lembut dan manis berbalut salutan gula. Baru-baru ini, kami terjumpa resepi donat susu yang hasilnya buat orang tak jemu makan banyak kali.
Walaupun tanpa pelembut roti, resepi donat susu yang dikongsikan oleh Nur Ijla di Facebook ini tetap lembut sampai ke petang. Paling menarik, bahan-bahannya pun sangat ringkas.
Jika anda sedang mencari cara buat donat yang pasti menjadi, boleh ikut resepi donat susu yang diberikan di bawah. Caranya ringkas, tapi hasilnya cukup gebu. Jom kita cuba!
Baca juga: Donat Simple Dan Mudah Guna 5 Bahan, Confirm Jadi Gebu Lembut Dalam 30 Minit!
RESEPI DONAT SUSU

Bahan-bahan (250g tepung high protein):
- 250g tepung high protein
- 1 biji kuning telur
- 120ml hingga 150ml susu full cream (masukkan sikit-sikit sebab ikut jenis tepung)
- 1 sudu besar susu tepung full cream
- 40g gula
- 30g butter
- 2 hingga 3g yis
*Doh tak boleh terlalu lembik sebab nanti serap minyak. Jika keras sangat pula, donat akan jadi liat. Cukup sekadar doh tak melekat di tangan dan mudah dibulatkan.
*Untuk 500g tepung, gandakan adunan.
Cara-cara membuat donat:
1. Masukkan susu full cream dan telur dalam breadmaker (BM).
2. Tambah tepung, susu tepung dan gula. Set masa uli lebih kurang 45 minit.
3. Pada 10 minit pertama, masukkan butter.
4. Pada 10 minit terakhir, baru masukkan yis dan uli sampai sebati.
5. Apabila doh siap, boleh bulatkan dan bentuk ikut berat yang diingini.
Tips goreng donat:
1. Doh siap digoreng apabila diangkat terasa ringan, tak melekat di tangan, dan apabila ditekan dengan jari, kesan jari masih nampak sikit.
2. Jika doh cepat kembali ke bentuk asal, maksudnya underproof iaitu kurang kembang.
Jika doh langsung tak kembali, maksudnya overproof iaitu terlebih kembang.
3. Semasa goreng, guna api perlahan, minyak kena cukup panas.
4. Goreng sekali balik saja.
Salutan donat:
1. Campurkan 2 sudu besar susu tepung dan 1 sudu besar gula kastor.
2. Kisarkan halus.
3. Salutkan pada donut apabila sudah suam sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Tak Perlu Nama @ Nur Ijla
Baca juga: Resepi Donat Gebu Gebas Sampai Ke Petang, Kekal Lembut Walaupun Sejuk!
The post Resepi Donat Susu Sedap, Gebu & Lembut Sampai Petang, Sekali Cuba Terus Nak Lagi! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan