Langkau ke kandungan utama

Rahsia Buat Asam Rebus Ikan Kerisi Jadi Lagi Sedap, Masam Manis Pedas Cukup Rasa!

Imej
https://ift.tt/JuPVimY Asam Rebus Ikan Kerisi memang antara lauk kampung yang ringkas tetapi cukup menyelerakan. Rasa masam, manis dan pedasnya seimbang, memang buat selera bertambah. Lebih menarik, cara penyediaannya sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang rumit. Resipi ini  boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka lebih masam, boleh tambah asam keping atau perahan limau nipis. Jika suka lebih pedas, tambahkan cili padi. Jom cuba resipi asam rebus ikan kerisi yang sedap dan menyelerakan ini. Baca juga: Resipi Ikan Kerisi Masak Sambal Cili Hijau & Merah, Pedas Kering Memang Padu! RESEPI ASAM REBUS IKAN KERISI Bahan-bahan: Ikan kerisi (dibersihkan) Cili padi merah atau sedikit cili kering Cili merah atau hijau (sedikit) Belacan 2 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih Kunyit hidup Semua bahan di atas dikisar halus. Jika mahu tekstur sedikit kasar pun boleh supaya nampak biji cili dan lebih berasa pedasnya. Bahan lain: Kangkung Asam ja...

Resipi Sup Tulang Paling Simple, Gerenti Sedap Macam Dekat Kedai!

https://ift.tt/YrQ9DqF

resepi sup tulang simple

Kalau anda tengah mencari resepi sup tulang simple yang sedap, inilah resipi yang paling sesuai untuk dicuba.

Bahan-bahannya mudah, cara memasaknya pun ringkas, tapi hasilnya cukup beraroma dengan rasa rempah yang meresap pada daging.

Memang puas hati bila dapat hirup kuah panas-panas. Makan dengan nasi putih pula sedap bukan main lagi!

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tomato Ini Lain Dari Biasa, Rasa Lebih Umami & Segar Bila Dihirup!

RESEPI SUP TULANG SIMPLE

resepi sup tulang simple

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang (dibersihkan bersama sedikit perahan limau nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 4-5 sudu besar serbuk sup
  • Air secukupnya
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
  • 2-3 biji kentang (potong sederhana)
  • 1 batang saderi (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)
  • Sedikit lada sulah
  • Daun sup (dihiris)
  • 6-7 ulas bawang merah (dihiris) untuk bawang goreng

Cara memasak:

  1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan ke dalam periuk.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serbuk sup dan sedikit air hingga halus.
  3. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tulang.
  4. Tambahkan air sehingga melebihi paras tulang, kemudian masukkan rempah 4 sekawan.
  5. Didihkan sup.
  6. Jika daging pada tulang masih keras, tambah air dan teruskan mendidihkan sehingga daging lembut.
  7. Setelah daging empuk, masukkan kentang dan hirisan batang saderi.
  8. Perasakan dengan garam, ajinomoto (jika guna) dan sedikit lada sulah. Gaul rata dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
  9. Bila kentang sudah lembut dan daging cukup empuk, masukkan daun sup. Kacau rata dan kecilkan api.
  10. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang dihiris hingga wangi serta garing (jangan sampai hangus).
  11. Tuangkan bawang goreng bersama sedikit minyaknya ke dalam sup tulang (ini dipanggil tumis darat).
  12. Sup tulang siap untuk dihidangkan!

Sumber resipi dan gambar: Har Ryea

Baca juga: Sup Daging Thai Ala Kedai Tomyam, Resipi Kaw & Padu Ini Wajib Cuba Di Rumah!

The post Resipi Sup Tulang Paling Simple, Gerenti Sedap Macam Dekat Kedai! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!