Langkau ke kandungan utama

Ayam Sambal Sedap Kisar Kasar, Baunya Saja Boleh Buat Perut Lapar

Imej
https://ift.tt/XHpSIUK Kadang-kadang lauk yang paling sedap bukanlah yang rumit, tetapi yang dimasak dengan cara paling ringkas dan penuh rasa. Ayam Sambal sedap ini membuktikan bahawa bahan dapur biasa pun boleh jadi hidangan luar biasa. Dengan sambal kisar kasar dan ayam goreng yang digaul sempurna, menu ini sesuai dijadikan hidangan harian atau lauk istimewa hujung minggu. Sekali cuba, memang mudah jatuh cinta dan mahu masak lagi. Menurut perkongsian Ieda Tazwida Mohd Bahrum, Ayam Sambal ini kerap dimasak untuk hidangan keluarga kerana sambalnya tahan lama dan makin sedap bila dipanaskan semula. Jom kita cuba! Baca juga: Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api, Tak Perlu Tumis Tapi Kuah Pekat & Wangi! RESIPI AYAM SAMBAL SEDAP Bahan-bahan: Ayam Cili besar Cili api (ikut tahap kepedasan) Bawang merah Bawang putih Tomato Sedikit belacan Air asam jawa Garam Gula Serbuk perasa *Nota: Kisar secara kasar supaya sambal lebih bertekstur dan beraroma. Cara-cara memasak: ...

Resipi Ikan Masak Asam Simple, Tak Guna Banyak Rencah Tapi Sedap Cukup Rasa!

https://ift.tt/lxbSc2w

ikan kembung masak asam

Ikan kembung masak asam antara lauk yang menjadi kegemaran ramai. Selain ikan kembung, boleh juga menggunakan jenis ikan lain yang disukai seperti ikan tenggiri, ikan merah dan lain-lain.

Menu ini adalah hidangan ikan yang dimasak dengan kuah asam. Kuah asam ini pula diperbuat dari air asam jawa dan biasanya dicampur dengan bahan-bahan seperti bawang, halia, cili dan banyak lagi.

Kalau anda belum pernah cuba lauk ini, jom masak sendiri di rumah menggunakan resipi mudah yang dikongsikan oleh Pn Habsah Ngah di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Sambal Totok Ikan Bilis, Punyalah Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK ASAM

ikan kembung masak asam

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung/tenggiri/ikan merah (ikut selera)
  • 2 sudu kecil asam jawa
  • 5-6 biji bawang merah (belah dua)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk atau dihiris)
  • 1 hiris halia (nipis)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 5-10 biji cili padi (diketuk atau biarkan sebiji-sebiji pun boleh)
  • 1 biji tomato (belah 4, jika tak nak letak pun tak apa)

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng hingga garing.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Masukkan air asam jawa lebih kurang secawan teh (kalau nak lebih kuah, tambahkan air).
  4. Masukkan cili padi dan tomato.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Seimbangkan rasa masam dan masin ikut cita rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Siap untuk dihidang!

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Resipi Singgang Ikan Tongkol, Lauk Simple & Jimat Masa Tapi Berhantu Sedapnya

The post Resipi Ikan Masak Asam Simple, Tak Guna Banyak Rencah Tapi Sedap Cukup Rasa! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan