Cucur Udang Rangup & Kuah Kacang Padu, Resipi Style Utara Ini Wajib Cuba!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Resipi kuah kacang cucur udang gaya Utara ini memang wajib cuba. Cucur udangnya rangup di luar, lembut di dalam dan kuah kacangnya pula pekat, berlemak, serta cukup rasa pedas manis.
Kalau anda belum pernah cuba cucur udang dengan kuah kacang style Utara, inilah masanya. Sekali buat, pasti teringin nak ulang lagi. Jom tengok cara penyediaannya di bawah!
Baca juga: Resipi Cucur Sayur, Ikut Teknik Ini Barulah Hasilnya Rangup & Sedap Dimakan
RESEPI KUAH KACANG CUCUR UDANG STYLE UTARA
Bahan-bahan cucur udang:
- 500g tepung gandum Cap Rose
- 20 ekor udang bersaiz sederhana
- 2 cawan tauge
- 2 ikat kucai (dipotong pendek)
- 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 hingga 2 sudu besar gula
- 2 sudu kecil garam
Bahan kuah kacang cucur udang:
- 1 setengah cawan kacang tanah
- 10 hingga 15 biji cili kering
- 2 sudu besar serbuk cili (ikut tahap kepedasan dan warna)
- 2 biji bawang besar
- 1 sudu kecil belacan
- Setengah sudu besar pes asam jawa (ikut tahap kemasaman yang diingini)
- 1 keping gula melaka (boleh juga guna gula merah)
- Sedikit gula putih
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa jika suka
Cara buat kuah kacang:
- Goreng bahan asas seperti kacang tanah, cili kering dan bawang besar hingga wangi dan masak.
- Kisar bahan goreng tadi bersama air secukupnya . Pilih untuk kisar halus atau kasar, ikut selera masing-masing.
- Tumis semula bahan kisar dalam minyak lebihan goreng tadi.
- Masukkan belacan dan asam jawa secukup rasa.
- Tuangkan air secukupnya.
- Tambah serbuk cili, gula melaka, garam dan sedikit gula putih.
- Kacau kuah dan reneh lama-lama dengan api perlahan hingga kuah pekat dan naik minyak.
- Perasakan secukupnya. Seimbangkan rasa manis, masam dan masin.
- Jika mahu kuah lebih padu, masak lagi keesokan pagi dan tambah sedikit gula merah untuk rasa lemak manis yang menyedapkan.
Cara buat cucur udang:
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, baking powder, gula, garam, tauge, kucai dan bawang besar.
- Masukkan air sejuk dari peti ais sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan jadi tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
- Masukkan udang terakhir sekali, hanya masa nak goreng sahaja. Jangan campur semua awal-awal.
- Panaskan minyak secukupnya.
- Guna senduk nasi, ambil adunan dan tuang ke dalam kuali secara rata supaya cucur jadi nipis dan rangup.
- Goreng hingga keemasan dan garing di luar, tetapi lembut di dalam.
- Angkat dan toskan minyak. Potong atau gunting cucur jika mahu.
- Sedia untuk dihidang bersama kuah kacang.
Tips Tambahan:
- Kalau kuah kacang nampak berminyak, cedok keluar minyak terlebih dahulu sebelum mencicah.
- Tepung Cap Rose disyorkan kerana cucur kekal lembut walaupun selepas beberapa jam.
Kuah kacang ini boleh disimpan dan dipanaskan semula. Makin lama, makin sedap!
Sumber: Resepi Eny Abdullah
Baca juga: Resipi Cucur Jejari Ketam Rangup, Sampai Malam Pun Masih Sedap & Tak Lembik!
The post Cucur Udang Rangup & Kuah Kacang Padu, Resipi Style Utara Ini Wajib Cuba! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan