Langkau ke kandungan utama

Full guide - How to Make Slime Without Activator With Glue and Water

Imej
  Have you ever watched those satisfying slime videos online and wondered if you could make your own at home without using complicated ingredients? Surprisingly, many people think slime always requires borax, contact lens solution, or special activators — but there are actually simple methods that can still create a fun stretchy texture using common household items. The secret lies in understanding the texture, consistency, and mixing process. While glue and water alone may not instantly transform into perfect slime, using the right technique can help create a soft, gooey, and satisfying DIY slime-like mixture that is fun to play with. Whether you are trying this for a school activity, boredom relief, DIY fun, or simply to experiment at home, this guide will show you an easy and beginner-friendly way to make slime safely. Ingredients You Need Before starting, prepare these simple ingredients: White school glue Water Mixing bowl Spoon or mixing stick Optional ingredients: Food color...

Tip Masak Bihun Goreng Tanpa Kacau Banyak Kali, Bihun Elok Lembut & Tak Putus

https://ift.tt/kTRAnFQ

resepi bihun goreng sedap

Kalau sedang mencari resepi bihun goreng sedap, ini salah satu resipi yang wajib dicuba. Bihun yang dimasak dengan teknik yang betul bukan saja lebih sedap, tapi juga kekal panjang, lembut dan tak mudah putus.

Resipi ini menggunakan teknik mengukus atau steam bihun selepas digaul dengan bahan tumis untuk menghasilkan bihun yang lembut tanpa perlu dikacau berulang kali. Cara ini biasa digunakan oleh tukang masak katering kerana lebih cepat, bihun tak hancur dan setiap helai kekal cantik.

Kalau nak tahu resipi penuh, jom baca artikel ini sampai habis. Sesuai masak untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam yang ringkas tapi memang mengenyangkan!

Baca juga: Resepi Bihun Soto Beraroma, Kuah Punyalah Sedap Sampai Esok Teringat!

RESEPI BIHUN GORENG SEDAP DAN TAK PUTUS

Bahan-bahan:

  • 1 paket bihun (direndam selama 5 minit) – empunya resipi guna bihun Cap Bintang
  • 10 biji cili padi – ditumbuk kasar
  • 8 ulas bawang putih – diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair atau kicap lemak manis
  • 3–4 sudu besar kicap pekat karamel (ikut cita rasa – untuk rasa dan warna)
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sudu besar lada sulah
  • Isi ayam/daging/fish ball atau fish cake – ikut selera
  • Sayur pilihan: kobis dan sawi
  • 2 sudu besar gula (boleh abaikan jika tidak suka manis)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Rendam bihun dalam air paip suhu bilik selama 5 minit. Bila bihun dah lembut dan boleh dilentur, toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi, kemudian masukkan cili padi tumbuk.
  3. Masukkan bahan protein seperti isi ayam, udang, fish ball atau fish cake.
  4. Masukkan sos tiram, cuka, kicap cair dan kicap pekat. Tambahkan lada sulah dan 1 cawan air.
  5. Masukkan garam dan gula. Jika ada serbuk ikan bilis seperti jenama Niigata, boleh tambah untuk lebih rasa. Masak hingga menggelegak.
  6. Masukkan bihun yang telah ditoskan tadi. Gaulkan rata bersama bahan tumis.
  7. Masukkan sayur seperti kobis dan sawi.
  8. Kacau bihun sekadar rata, tak perlu kacau terlalu banyak. Jika nampak terlalu kering, boleh tambah sedikit air.
  9. Tutup kuali dan biarkan masak atas api perlahan selama 5 hingga 8 minit supaya bihun ‘steam’ dan masak sempurna tanpa perlu dikacau selalu.
  10. Selepas itu, buka penutup. Bihun yang masak elok tak akan putus-putus. Rasa dulu, jika tiada rasa bihun mentah, maknanya dah siap!

Sumber: Eny Yusnizar Abdullah

Baca juga: Buat Sendiri Bihun Kungfu Sedap, Padu Macam Makan Dekat Kedai!

The post Tip Masak Bihun Goreng Tanpa Kacau Banyak Kali, Bihun Elok Lembut & Tak Putus appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Sup Udang Paling Simple Tapi Sedap, Kuah Manis Beraroma Ini Rahsia Ramai Bertambah Nasi!

5 Resipi Air Viral Khairul Aming Yang Mudah Buat Sendiri Di Rumah & Sedap Untuk Buka Puasa, Cubalah!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan