Langkau ke kandungan utama

Resepi Daging Belengas Lembut & Berperisa, Sedap Dinikmati Dengan Nasi Panas Atau Roti

Imej
https://ift.tt/guCeiqR Kalau nak masak resepi daging belengas yang mudah, sedap dan penuh rasa, ini pilihan terbaik! Daging akan lembut, wangi dan pedas secukupnya, sesuai untuk hidangan keluarga atau jamuan istimewa. Walaupun guna daging batang pinang, cukup direbus sekejap. Kalau guna daging batang kelapa atau batang pisang, rebus lebih lama sehingga lembut ‘berlengas’. Baca juga: Resipi Rendang Daging Tok Perak Asli, Pekat Berempah Wangi Macam Kenduri Raya Dulu-Dulu RESEPI DAGING BELENGAS LEMBUT BERPERISA Bahan-bahan: Daging belengas — rebus dahulu Kunyit serbuk Minyak masak Bawang putih dan bawang merah — hiris Halia — hiris banyak Sos cili Sos tiram Kicap manis dan kicap pekat Lada hitam hancur Garam dan perasa pilihan Cili merah — ikut tahap pedas Bawang Holland — hiris Cara-cara penyediaan: 1. Rebus Daging Rebus daging sampai sebahagian air kering. Untuk daging batang kelapa atau pisang, rebus lebih lama supaya lembut. 2. Masukkan Kunyit Tambah kunyit...

Sup Sayur Tauhu Telur Simple, Sesuai Untuk Yang Nak Diet Tapi Suka Makan Sedap!

https://ift.tt/jvHfaed

sup sayur tauhu telur

Nak buat hidangan yang ringkas dan cepat siap, boleh cuba resipi Sup Sayur Tauhu Telur ini. Tak kira kanak-kanak mahupun dewasa, semua orang boleh menikmati hidangan ini.

Gabungan rasa lembut tauhu, lemak telur dan kesegaran sayur-sayuran menjadikan Sup Sayur Tauhu Telur ini pilihan ideal untuk hidangan tengah hari atau malam.

Baru-baru ini, Fafae Mimie telah kongsikan resipi Sup Sayur Tauhu Telur di Facebook yang sangat sesuai untuk mereka yang nak diet tapi suka makan sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sup Telur Simple Dari Seorang Ayah, Air Tangan Yang Tiada Tandingnya

RESIPI SUP SAYUR TAUHU TELUR

sup sayur tauhu telur

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak masak.

2. Potong 1 tiub tauhu telur dan celup tepung jagung, kemudian masukkan dalam kuali.

3. Setelah tauhu telur sudah masak, ketepikan terlebih dahulu.

4. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia, kemudian tumis guna kuali yang sama (saya tak tambah minyak, guna baki tadi saja).

5. Selepas itu, tambah udang dan sedikit air dalam kuali.

6. Masukkan lobak merah dan sedikit air lagi, kemudian biarkan sampai ia lembut terlebih dahulu.

sup sayur tauhu telur

7. Seterusnya, masukkan brokoli, enoki, sawi dan tauhu telur tadi.

8. Akhir sekali, perasakan dengan mushroom seasoning dan serbuk lada putih. Siap untuk dihidang!

Anda boleh mengolah resipi ini dengan menukar sayur lain seperti kubis, bayam, kangkung dan sebagainya. Oleh kerana cara memasaknya sangat mudah, ia patut dijadikan menu wajib untuk keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Fafae Mimie

Baca juga: Resepi Sup Ayam Thai Paling Padu, Hirup Kuah Sampai Tak Toleh Kiri Kanan

The post Sup Sayur Tauhu Telur Simple, Sesuai Untuk Yang Nak Diet Tapi Suka Makan Sedap! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!