Resepi Cucur Jejari Ketam Rangup Semudah 5 Langkah, Gerenti Anak Berebut Makan!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Jika sedang mencari idea sarapan atau minum petang yang sedap, resepi Cucur Crab Stick ini memang pilihan terbaik. Bukan saja mudah dibuat, malah bahan-bahannya pun ringkas.
Cucur Crab Stick ialah sejenis hidangan kudapan bergoreng yang diperbuat daripada adunan tepung dan crab stick (juga dikenali sebagai jejari ketam). Ia dicampur dengan bahan lain seperti sayur-sayuran, daun bawang dan perasa, lalu digoreng sampai rangup.
Kami tertarik dengan perkongsian resepi Cucur Crab Stick oleh Nur Masri di Facebook yang hasilnya cukup menyelerakan. Setelah makan, pasti tak berhenti nanti. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Cucur Udang Gebu Anti Gagal, Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!
RESEPI CUCUR CRAB STICK

Bahan-bahan:
- 1 pek jejari ketam (dipotong kecil)
- 1 biji bawang besar(dihiris halus)
- Sedikit daun kucai
- Tepung gandum
- Garam
- Gula
- Air
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, campurkan semua bahan di atas dalam satu mangkuk.
2. Kemudian, tambahkan sedikit air untuk mendapat adunan yang sederhana pekat.
3. Selepas itu, panaskan minyak dalam kuali.
4. Seterusnya, jemput sedikit adunan. Goreng adunan tersebut sampai kekuningan dan garing. Angkat dan toskan.
5. Akhir sekali, hidangkan dengan sos cili thai. Siap untuk dinikmati!

Jika bosan dengan cucur biasa, resepi ini memang satu kelainan yang wajib masuk dalam koleksi menu snek anda kerana ia sesuai sebagai kudapan di rumah atau bekal anak ke sekolah.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Cucur Pisang Kembung, Tembam Begini Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu
The post Resepi Cucur Jejari Ketam Rangup Semudah 5 Langkah, Gerenti Anak Berebut Makan! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan