Langkau ke kandungan utama

Full guide - How to Make Slime Without Activator With Glue and Water

Imej
  Have you ever watched those satisfying slime videos online and wondered if you could make your own at home without using complicated ingredients? Surprisingly, many people think slime always requires borax, contact lens solution, or special activators — but there are actually simple methods that can still create a fun stretchy texture using common household items. The secret lies in understanding the texture, consistency, and mixing process. While glue and water alone may not instantly transform into perfect slime, using the right technique can help create a soft, gooey, and satisfying DIY slime-like mixture that is fun to play with. Whether you are trying this for a school activity, boredom relief, DIY fun, or simply to experiment at home, this guide will show you an easy and beginner-friendly way to make slime safely. Ingredients You Need Before starting, prepare these simple ingredients: White school glue Water Mixing bowl Spoon or mixing stick Optional ingredients: Food color...

Beef Stew Yang Lembut & Hancur Di Mulut, Resipi Mudah Tanpa Pressure Cooker!

https://ift.tt/0CiwkAT

beef stew

Hidangan beef stew adalah satu hidangan yang dikategorikan sebagai ‘comfort food’. Kuahnya pekat, berperisa dan penuh aroma yang mengingatkan kita pada lasagna, kuah bolognese atau pizza.

Biasanya, hidangan ini disajikan di kafe atau restoran ala barat dengan harga yang agak mahal, terutamanya kalau guna daging premium atau potongan ekor dan tulang.

Tapi jangan risau, kita boleh masak sendiri di rumah dengan rasa yang sama sedap, tanpa pressure cooker pun boleh jadi!

Lagi sedap kalau makan bersama roti bakar garlic dan secawan teh panas. Nak tahu rahsia masak beef stew sedap walaupun tak guna periuk tekanan tinggi? Jom kami kongsikan resipinya di bawah!

Baca juga: Rahsia Mee Rebus Daging Yang Sedap Terangkat, Patutlah Ramai Suka!

RESEPI BEEF STEW

beef stew

Bahan-bahan:

  • Daging (guna 67, topside, tulang dan ekor. Semua ini boleh dapat murah saja dari kedai frozen)
  • Sedikit minyak masak
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang Holland (dihiris)
  • 3-4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji tomato (didadu)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Air secukupnya (untuk kuah)
  • 1-2 cawan beef stock / 1-2 kiub stok daging (Knorr atau Masako)
  • 2-3 sudu besar tomato purée (atau 1 tin saiz besar)
  • 1 sudu besar sos Worcestershire
  • 1 sudu teh gula perang
  • Garam secukup rasa
  • ½-1 sudu teh serbuk paprika atau serbuk cili
  • Lada hitam kasar secukupnya
  • 1-2 helai daun salam
  • 1 sudu teh campuran herba kering (mix herbs)
  • 2-3 biji ubi kentang (dipotong besar)
  • 2 batang lobak merah (dipotong kasar)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak bersama butter. Sizzle/ tumis daging sehingga garing keliling daging tersebut.
  2. Bila dah garing, angkat dan ketepikan. Pastikan potong daging saiz besar, jangan kecil supaya puas makan.
  3. Dalam kuali/periuk yang sama, tumiskan bawang holland, bawang putih dan tomato.
  4. Masukkan sedikit tepung gandum. Ingat mula-mula tadi kita ada guna butter kan? Jadi bila butter + tepung gandum = roux. Roux ini fungsi dia untuk pekatkan kuah.
  5. Masukkan air bergantung banyak mana kuah yang anda mahu.
  6. Bila air mula memanas, sambil itu kikis sisa daging dalam periuk ini. Kita nak ‘beef essence’ itu.
  7. Kemudian masukkan beef stock. Kalau tiada, boleh guna kiub lembu knorr atau masako daging.
  8. Masukkan juga sos Worcestershire, tomato puree (saiz besar), sedikit brown sugar dan garam, serbuk paprika atau serbuk cili, lada hitam kasar, daun salam dan mix herbs.
  9. Kemudian, masukkan daging yang kita goreng tadi.
  10. Akhir sekali masukkan ubi kentang dan lobak merah. Jangan banyak sangat letak ubi kentang dan jangan masak lama sangat. Nanti kuah akan jadi terlalu pekat.
  11. Resipi ini tidak guna pressure cooker, tapi guna cara lama iaitu ‘slow-cooked’. Tempoh merebus selama 3 jam. Memang puas hati, daging sangat lembut dan hampir terus hancur bila digigit.

Sumber: Wan Luqman

Baca juga: Resipi Daging Goreng, Daging Rasa Lembut & Kilauan Warna Kicap Nampak Berseri!

The post Beef Stew Yang Lembut & Hancur Di Mulut, Resipi Mudah Tanpa Pressure Cooker! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Sup Udang Paling Simple Tapi Sedap, Kuah Manis Beraroma Ini Rahsia Ramai Bertambah Nasi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan

5 Resipi Air Viral Khairul Aming Yang Mudah Buat Sendiri Di Rumah & Sedap Untuk Buka Puasa, Cubalah!