Aiskrim Malaysia Kacang Merah Zaman Sekolah, Manis & Lemak Berkrim Macam Dulu-Dulu!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Memori zaman sekolah yang tak boleh dilupakan ialah menikmati Aiskrim Malaysia Kacang Merah. Walaupun sejuk sampai menggigil tangan, tapi puas hati apabila memakannya.
Aiskrim Malaysia ialah sejenis aiskrim tradisional tempatan yang dibekukan dalam plastik panjang dan sangat popular di Malaysia sejak dahulu lagi, terutama pada era 80-an dan 90-an.
Kali ini, kami nak kongsikan resipi Aiskrim Malaysia Kacang Merah oleh Siti Norazliana di Facebook yang boleh membawa anda kembali ke zaman sekolah yang penuh nostalgia.
Baca juga: Cara Buat Aiskrim Malaysia Perisa Jagung, Terasa Betul Lemak Manisnya!
RESIPI AISKRIM MALAYSIA KACANG MERAH

Bahan-bahan:
- Kacang merah (lebih krg 300grm )
- 1½ liter air masak
- 1 cawan gula
- ½ cawan susu pekat
- 1 satu santan kotak (saiz kecil)
- 1 susu tin cair
- 3 sudu tepung pulut
- 3 sudu tepung jagung
- Sedikit sirap
- Sedikit garam
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, rendam kacang semalaman dan rebus sampai empuk, kemudian lenyekkan (lebih lama rendam kacang, lebih bagus dan senang empuk).
*Saya suka letak banyak kacang merah, resipi di atas anggaran saja.
2. Selepas itu, masak 1½ liter air dan 1 cawan gula atas dapur sampai gula hancur.
3. Bancuh 3 sudu tepung pulut dan 3 sudu tepung jagung, kemudian tuang dalam air gula tersebut. Kacau sampai tepung larut, nak senang guna mixer.
4. Kemudian, masukkan ½ susu pekat, 1 santan kotak yang saiz kecil, 1 susu tin cair, sedikit garam dan sirap supaya warnanya cantik.

5. Seterusnya, buka api kecil dan kacau sampai mendidih. Masukkan kacang yang ditumbuk itu dan kacau sampai kacang sebati, kemudian tutup api.
6. Akhir sekali, boleh masukkan aiskrim ke dalam plastik aiskrim dan bekukan semalaman. Siap untuk dinikmati!
Jika tiada plastik aiskrim di rumah, anda masih boleh buat resipi Aiskrim Malaysia Kacang Merah ini dengan menggunakan bekas biasa saja.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Norazliana
Baca juga: Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite, Biru Dia Lain Macam!
The post Aiskrim Malaysia Kacang Merah Zaman Sekolah, Manis & Lemak Berkrim Macam Dulu-Dulu! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan