“Tak Ada Siapa Makan..”- Kisah Anak Kecil Bawa Pulang Kek Kawan Buat Ramai Sebak, Rupanya Ini Terjadi Di Sekolah
https://ift.tt/STsvp3G Satu perkongsian di Threads oleh pengguna waza.nuratika baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila kisah seorang kanak-kanak bernama Faliq tular di media sosial. Kisah ini bermula daripada situasi ringkas di sekolah yang melibatkan kek potong, namun cukup untuk membuat ramai tersentuh. Walaupun nampak kecil, tindakan Faliq membawa pulang dua bungkus plastik berisi kek potong sebenarnya menyimpan satu nilai besar iaitu empati. Apa yang berlaku di sekolah itu akhirnya menjadi perbualan ramai kerana kejujuran dan kepekaan seorang kanak-kanak terhadap perasaan rakannya. Baca juga: Nak Beli Tauhu Bergedil Tapi Kanak-Kanak Ini Cuma Ada RM1, Reaksi Peniaga Buat Netizen Menangis BILA KEK POTONG JADI CERITA TENTANG EMPATI SEORANG KANAK-KANAK Dalam perkongsian tersebut, Faliq pulang ke rumah dengan membawa dua bungkus plastik berisi kek potong. Apabila ditanya oleh ibunya, dia menjelaskan dengan jujur apa yang berlaku di sekolah. “Ibu, kek ni Faliq amik sebab t...