Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ikan Kerisi Masak Sos, Punyalah Sedap Sampai Keluarga Makan Tak Tinggal Kuah!

Imej
https://ift.tt/Efk3d9s Tak kira tengah hari ataupun malam, menu ikan sentiasa menjadi pilihan lauk di rumah. Paling sedap jika buat Ikan Kerisi Masak Sos seperti dalam resipi ini, hasilnya membuka selera. Ikan kerisi antara ikan kegemaran ramai kerana isinya lembut, tak terlalu hanyir dan mudah didapati. Jika pandai olah dengan kuah pekat berperisa, memang licin pinggan dibuatnya. Jom kita cuba resipi Ikan Kerisi Masak Sos yang dikongsikan oleh Masni Bahari ni. Simple sangat cara buatnya, tapi hasilnya memang nampak menyelerakan. Baca juga: Ikan Air Asam Paling Mudah, Cara Masak Ini Buat Orang Kecur Air Liur RESIPI IKAN KERISI MASAK SOS Bahan-bahan: Ikan kerisi Garam Serbuk kunyit Bawang putih Halia Cili padi merah Bawang besar Tomato Sos cili Gula , garam dan serbuk perasa secukupnya Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, lumurkan ikan kerisi dengan garam dan kunyit. 2. Goreng ikan sampai garing, kemudian ketepikan. 3. Tumis bawang putih, halia, cili padi merah, bawa...

Resipi Puff Sardin Goreng, Hanya Perlu Guna 3 Bahan Ringkas Tapi Boleh Buat Perut Kenyang!

Imej
https://ift.tt/Gw3etVg Puff sardin goreng ialah snek yang cepat, mudah dan sedap. Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas, anda boleh sediakan hidangan yang rangup di luar dan berinti sardin yang lazat di dalam. Sesuai untuk sarapan, minum petang atau dibawa sebagai bekal. Selain mudah dibuat, puff sardin ini juga boleh dibuat perlbagai bentuk. Anda boleh lipat menjadi segitiga klasik atau cuba bentuk karipap untuk kelainan. Dengan sedikit kreativiti, snek ini pasti nampak lebih menarik dan menggoda selera. Resipi ini hanya perlukan 3 bahan sahaja, Mudah, cepat dan sesuai untuk sesiapa yang nak hidangan ringkas tanpa susah payah. Tak perlu peralatan atau bahan yang rumit dan masa memasaknya juga sangat singkat. Baca juga: Rahsia Kulit Karipap Rangup Sampai Ke Petang, Kena Tahu Sukatan & Teknik Betul RESEPI PUFF SARDIN GORENG Bahan-bahan: Pastry puff segera Inti sardin secukupnya Minyak untuk menggoreng Sedikit tepung (untuk taburan supaya pastry tidak melekat) Cara...

Resipi Nasi Lemak Kukus, Basmathi & Pandan, Semuanya Bau Wangi, Berderai & Tahan Lama

Imej
https://ift.tt/CI2m7vu Kalau sebut pasal nasi lemak, memang semua orang suka. Lagi-lagi bila jumpa nasi lemak resepi yang mudah tapi tetap sedap, mesti ramai nak cuba. Nasi lemak ini bukan sekadar sarapan kegemaran rakyat Malaysia, tapi juga hidangan yang sesuai dimakan bila-bila masa. Setiap orang ada cara tersendiri nak masak nasi lemak. Ada yang suka kukus supaya tahan lama, ada pula yang guna beras basmathi untuk nampak lebih cantik dan berderai. Malah ada juga yang kisar daun pandan supaya wangi dan warna nasi lebih menarik. Dalam artikel ni, kami akan kongsikan 3 resipi nasi lemak popular iaitu nasi lemak kukus, nasi lemak basmathi dan nasi lemak pandan. Semuanya mudah disediakan di rumah, sesuai untuk keluarga kecil ataupun majlis besar. Baca juga:  Nasi Lemak Village Park Jual 10,000 Bungkus Sehari, Rahsia Sedap Terletak Pada Ayam Goreng Crispy & Nasi 3 CARA BERBEZA MASAK NASI LEMAK RESEPI MUDAH 1. Nasi Lemak Kukus Kalau nak nasi lemak yang wangi, lembut dan tah...

Resipi Mi Bandung Daging Paling Ringkas Nak Buat, Masak Sekejap Tapi Padu Hasilnya

Imej
https://ift.tt/HDaqr5m Kalau tengah teringin nak makan mi berkuah yang pekat, pedas manis dan penuh rasa, resepi mi bandung daging ini memang kena cuba. Dengan bahan ringkas dan cara masak yang mudah, hasilnya tetap padu macam makan di restoran. Resepi mi bandung ini juga istimewa sebab kuahnya pekat, ada rasa manis daging dan seimbang dengan kepedasan cili. Ditambah pula dengan fish ball, fish cake, sawi, tomato dan telur, memang lengkap jadi satu hidangan penuh yang mengenyangkan. Anda boleh guna daging batang pinang yang cepat empuk atau kalau guna daging biasa, tapi kena rebus dulu dan gunakan air rebusan sebagai kuah supaya lagi bertambah sedap. Baca juga: Resipi Mi Kuah Simple Paling Senang, Puas Hati Buat Sendiri Dapat Satu Kuali! RESEPI MI BANDUNG DAGING Bahan-bahan: 2 ulas bawang putih (dicincang) 1 biji bawang merah (dihiris) 3 sudu besar cili kisar 150g daging (hiris nipis) 2 sudu besar gula perang 1 kiub perencah/pati daging Garam secukup rasa 1 sudu besar s...

Resipi Ayam Berlado Yang Pedas Dan Wangi, Rasa Dia Memang Tak Main-Main!

Imej
https://ift.tt/Fd9iVX6 Kalau anda tengah cari resepi ayam berlado yang ringkas tapi tetap padu rasanya, anda memang kena cuba versi ini. Masakan berlado memang terkenal dengan rasa pedas menyengat, tapi dalam masa sama ada aroma harum dari daun limau purut yang buat lauk ini jadi lain daripada yang lain. Resipi ini sebenarnya tak susah langsung, bahan pun kebanyakannya memang selalu ada dalam dapur. Cukup dengan ayam, bawang, cili dan beberapa bahan lain, anda dah boleh hasilkan lauk sedap yang sesuai dimakan sekeluarga. Jom cuba! Baca juga: Cara Masak Ayam Vanggey, Ini Rahsia Kuah Pekat & Rempah Wangi Macam Dekat Mamak! RESEPI AYAM BERLADO Bahan-bahan: 500g ayam (dipotong kecil) 3 biji bawang merah 3 ulas bawang putih ½ inci halia 15 biji cili padi 2 biji cili merah 2 helai daun limau purut 2 sudu besar sos tiram Garam secukup rasa Serbuk perasa (jika suka) Minyak untuk menumis & menggoreng Cara memasak: Mula-mula, ayam diperap dengan sedikit garam dan ...

Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Mudah Dan Sedap, Rasa Tak Kalah Sedap Macam Dekat Kedai!

Imej
https://ift.tt/8DmIqR2 Kalau sebut sahaja roti bakar kopitiam , ramai yang terus terbayang sarapan pagi dengan aroma kopi panas dan roti yang garing di luar tapi lembut di dalam.  Hidangan ringkas ini tak pernah jemu, sentiasa jadi pilihan dari dulu sampai sekarang. Tak perlu susah-susah nak keluar kedai, anda boleh buat sendiri saja di rumah. Dengan bahan yang mudah didapati di rumah, anda boleh hasilkan versi homemade yang rasa tak kalah dengan yang dijual di kopitiam. Baca juga:  Roti Hampir Expired? Jom Buat Bingka Roti Bakar Sedap Ini, Baru Tak Membazir! RESEPI ROTI BAKAR KOPITIAM Bahan-bahan: – Beberapa keping roti (ikut selera) – Kaya – Mentega (butter) Cara penyediaan: 1. Mula-mula, potong dan buang bahagian kerak di tepi roti supaya nampak lebih kemas dan rasa ala-ala kopitiam. 2. Sapukan kaya pada satu bahagian roti dengan rata. Pastikan jangan terlalu nipis supaya lebih terasa bila makan. 3. Letakkan beberapa hirisan butter di atasnya. Butter ni akan ...

Resepi Nasi Goreng Simple, Rupanya Ada Rahsia Tahan Lama & Tetap Sedap Sampai Petang!

Imej
https://ift.tt/gGwDVQl Kalau tengah lapar tapi tak tahu nak masak apa yang cepat, anda wajib cuba resepi nasi goreng simple ini. Ia memang jadi penyelamat sebab tak perlukan bahan yang susah dan boleh siap dalam masa singkat! Cukup dengan nasi putih, telur dan beberapa bahan asas lain, dah boleh hasilkan nasi goreng yang sedap dan mengenyangkan. Lagi padu kalau masak nasi goreng guna telur yang banyak. lagi banyak telur, lagi bertambah rasa lemaknya. Selain itu, ada rahsia supaya nasi yang digoreng tak cepat basi. Caranya adalah dengan menggoreng agak lama sampai kuali sedikit berkerak. Hasilnya, nasi bukan saja lebih wangi tapi boleh tahan dari pagi sampai ke petang. Baca juga: Resipi Spageti Goreng Daging Ala Tekak Melayu, Ringkas Tapi Buat Bertambah Pinggan! RESIPI NASI GORENG SIMPLE DAN RAHSIA TAK CEPAT BASI Bahan kisar: Cili Bawang putih Bawang putih Sedikit belacan Ikan bilis Bahan-bahan lain: 6 biji telur Nasi putih secukupnya Serbuk perasa Garam Gula Cara...

Ikan Bilis Murah Pun Boleh Jadi Rangup, Guna Petua Ini Dijamin Tak Liat Bila Goreng!

Imej
https://ift.tt/AigDm9V Kadang-kadang kita rasa serba salah nak beli ikan bilis murah. Niatnya nak berjimat, tapi bila digoreng, teskturnya masih liat walaupun dah garing. Nak makan pun jadi tak puas hati! Sebenarnya ada cara mudah untuk selesaikan masalah ini. Rahsianya terletak pada gabungan teknik goreng dan bakar dalam oven. Bila digoreng saja kadang tak cukup, tapi bila masuk oven, ikan bilis jadi lebih rangup. Menariknya, cara ini bukan saja buat ikan bilis menjadi lebih garing, malah boleh elakkan tekstur liat. Boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk supaya ia tahan rangup lebih lama. Baca juga: Petua Udang Rangup, Juicy & Warna Oren Menyala Cantik, Rahsianya Mudah Saja! PETUA GORENG IKAN BILIS MURAH, DIJAMIN RANGUP DAN TAK LIAT Berikut merupakan cara-caranya: Basuh ikan bilis hingga bersih, kemudian toskan airnya sehingga kering. Panaskan minyak, goreng ikan bilis yang sudah ditos tadi sehingga garing. Angkat dan masukkan ke dalam oven, bakar pada suhu 160°C s...

UNTUK TEMPAHAN