Langkau ke kandungan utama

Resepi Paling Senang Makaroni Cheese Goreng, Sekali Buat Confirm Anak-Anak Suka!

Imej
https://ift.tt/EJfPiUL Kalau tengah cari resepi mudah makaroni cheese goreng, ini antara menu paling senang tapi hasilnya memang padu! Perkongsian daripada Ziera Johari ini jadi kegemaran ramai sebab cara buatnya ringkas, bahan pun mudah cari dan yang penting sedap sampai licin satu kuali. Sesuai sangat untuk yang baru nak belajar masak atau nak hidangan cepat untuk anak-anak dan keluarga. Confirm semua suka! Baca juga: Makaroni Cheese Bakar Anti Muak, Berkrim Begini Pasti Anak Suka Makan! RESEPI MUDAH MAKARONI CHEESE GORENG Menu ini gabungkan rasa berkrim, cheesy dan sedikit berempah ringan, memang ngam untuk makan santai atau hidangan hujung minggu. Bahan-bahan: 1 paket makaroni (±500g) 2 kiub pati ayam 2–3 ulas bawang putih (diketuk/dihiris) 1 paket sosej (dihiris) 1 tin cendawan butang (dihiris) 2 tin sos cheese dan herbs 1 biji lada benggala (merah dan hijau, potong dadu) Sedikit garam Minyak untuk menumis Bahan-bahan pilihan: Isi ayam (dipotong kecil) Sek...

Modal Jimat Tapi Nampak Cantik, Idea ‘Dessert Platter’ Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

https://ift.tt/T4IGW0F

dessert platter

Kalau musim jamuan sekolah, memang boleh jadi ‘pening kepala’ fikir nak bawa menu apa. Nak yang nampak menarik, tapi dalam masa sama mudah dan cepat disediakan. Idea dessert platter biskut ini memang sesuai sangat untuk mama-mama yang nak buat sesuatu yang simple tapi tetap nampak cantik di meja.

Tak perlu susah-susah potong buah atau sediakan banyak jenis makanan. Cukup susun biskut kegemaran anak-anak, dah boleh jadi hidangan yang ‘laku keras’. Dijamin tak membazir, jimat masa dan tetap sedap! Anak-anak pun memang suka celup biskut dengan coklat, confirm habis licin.

Baca juga: Resipi Jagung Manis Cup Mini Sesuai Untuk Jamuan Sekolah, Laju ‘Diserbu’ Budak-Budak!

RESEPI DESSERT PLATTER UNTUK JAMUAN

Bahan-bahan kering (platter):

  • Biskut jejari coklat
  • Marshmallow (warna-warni untuk tarik perhatian anak-anak)
  • Biskut ikan
  • Biskut bulat

Bahan-bahan sos coklat:

  • Susu segar
  • Air
  • Serbuk coklat
  • Coklat putih
  • Butter

Cara buat sos coklat:

  1. Masukkan susu segar dan sedikit air ke dalam periuk. Guna api kecil sahaja.
  2. Masukkan serbuk coklat (pilih yang berkualiti untuk rasa premium) dan kacau sehingga tiada ketulan.
  3. Tambahkan coklat putih. Coklat putih ni rahsia untuk bagi rasa lebih berlemak dan memekatkan sos tanpa perlu guna gula berlebihan.
  4. Apabila semua sudah cair dan sebati, masukkan mentega. Ini akan membuatkan sos coklat nampak berkilat dan rasa lebih mewah.
  5. Biarkan suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas kecil untuk dihidang.

Cara susunan:

Alas bekas dengan kertas checkered (seperti dalam gambar) bukan sahaja nampak cantik, tapi membantu menyerap lebihan minyak biskut atau mengelakkan biskut lemau jika bekas tertutup rapat.

dessert platter

Sumber: Nana Zaim

Baca juga: Resepi Agar-Agar Permata Guna 5 Bahan Paling Mudah, Cantik Macam Kristal & Menjadi Wajib Cuba

The post Modal Jimat Tapi Nampak Cantik, Idea ‘Dessert Platter’ Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!