Tips Rebus Bendi Supaya Kekal Crunchy & Tak Berlendir, Cara Mudah Semua Orang Kena Tahu!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Bendi antara sayur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ramai yang suka jadikan bendi ulam untuk dimakan bersama nasi panas dan lauk berkuah seperti kari ikan. Tapi, jika ingin hasil yang lagi sedap, anda kena tahu cara rebus bendi yang betul.
Kalau tak rebus dengan cara yang tepat, teksturnya mudah jadi lembik dan berlendir, kurang sedap bila dimakan. Sebenarnya, ada petua rebus bendi yang sangat mudah untuk pastikan teksturnya kekal rangup dan sedap bila dimakan.
Teknik ini bukan sahaja buat bendi lebih crunchy, malah warna hijau sayur ini juga nampak lebih segar dan menyelerakan. Jadi, kalau anda selalu masak bendi di rumah, boleh cuba cara rebus bendi yang dikongsikan ini. Mudah sahaja, tapi hasilnya memang lain daripada biasa.
Baca juga: Chef Dedah Rahsia Rebus Pasta Yang Betul, Rupanya Kalau Letak Minyak Buat Sos ‘Tak Melekat’!
CARA REBUS BENDI SUPAYA RANGUP DAN TAK LEMBIK

Bahan-bahan:
- Segenggam bendi
- Air secukupnya untuk merebus
- Ais batu secukupnya
Cara-cara:
- Didihkan air dalam periuk terlebih dahulu. Pastikan air benar-benar mendidih sebelum masukkan bendi.
- Masukkan bendi ke dalam air mendidih dan rebus sekejap sahaja, sekitar 30 saat hingga 1 minit atau sehingga warnanya berubah menjadi hijau lebih terang.
- Jangan rebus terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan bendi menjadi lembik.
- Angkat bendi dengan segera dan terus masukkan ke dalam bekas berisi air ais.
- Biarkan seketika supaya proses memasak berhenti dan tekstur bendi kekal rangup.
- Toskan air dan bendi sedia untuk dihidangkan.
Bendi yang direbus dengan cara ini memang sesuai dijadikan ulam. Teksturnya rangup dan segar bila dimakan. Sesuai dimakan bersama kari ikan panas-panas. Bila gigit bendi, memang boleh dengar bunyi rangupnya.
Kalau sebelum ini kurang gemar makan bendi sebab lembik atau berlendir, boleh cuba tip mudah ini. Cara ini bukan sahaja buat bendi lebih rangup, malah nampak lebih segar dan menyelerakan di atas pinggan.
Sumber: Thread @ssyaim11
Baca juga: Cara Defrost Ayam Dengan Pantas Guna ‘Air Garam’, Tak Perlu Tunggu Berjam-Jam Lagi!
The post Tips Rebus Bendi Supaya Kekal Crunchy & Tak Berlendir, Cara Mudah Semua Orang Kena Tahu! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan