Langkau ke kandungan utama

Resipi Kek Buah Kukus Moist & Padat, Ini Rahsia Supaya Kek Tak Hancur Bila Dipotong

Imej
https://ift.tt/cuUAboP Resepi kek buah kukus memang antara kek klasik yang tak pernah lapuk dek zaman dan selalu menjadi pilihan bila musim perayaan atau majlis istimewa. Namun, satu masalah yang sering dihadapi apabila membuat kek buah ini ialah kek menjadi hancur, pecah atau terlalu lembik apabila dipotong. Sebenarnya, ada teknik dan langkah penting yang kena jaga supaya kek buah kukus jadi cantik, padat dan mudah dipotong. Jom baca artikel lengkap di bawah. Baca juga: Resipi Kek Pisang Walnut Gebu, Ikut Sukatan Ini Supaya Naik Cantik & Tak Bantat RESEPI KEK BUAH KUKUS TAK HANCUR & PECAH BILA DIPOTONG Bahan-bahan A: 1 1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan ikut tahap manis) 1/2 cawan air panas 250g butter 3 cawan mixed fruits (gaul dengan sedikit tepung) 1 sudu besar Sunquick 1 sudu besar susu pekat manis Bahan-bahan B: 300g tepung gandum 1 sudu teh soda bikarbonat 2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis Bahan-bahan C: 3 biji telu...

Cara Buat Cakoi Lembut & Bersarang Cantik Macam Gerai, Ini Resipi Menjadi Yang Ramai Dah Cuba!

https://ift.tt/xrNYfp1

resipi cakoi lembut

Kadang-kadang teringin nak makan cakoi panas-panas tanpa perlu keluar rumah, jadi mulalah mencari resipi cakoi lembut untuk cuba sendiri. Tapi bila buat, hasilnya tak seperti yang dibayangkan. Tekstur jadi padat, kurang kembang dan tak ada sarang besar macam yang dijual di gerai.

Sebenarnya, nak hasilkan cakoi yang lembut dan gebu ada tekniknya. Dari cara bancuhan doh, masa rehat, sampailah ke suhu minyak, semuanya memainkan peranan penting untuk dapatkan hasil yang cantik dan menjadi.

Resipi ini antara yang ramai kata menjadi, dengan tekstur cakoi yang ringan, bersarang dan rangup di luar. Kalau ikut langkah dan tip dengan betul, insyaAllah boleh dapat hasil yang hampir sama macam cakoi gerai kegemaran.

Baca juga: Resipi Aiskrim Goreng Tanpa Acuan Khas, Tetap Kemas & Tak Mudah Terbuka!

RESIPI CAKOI LEMBUT DAN BERSARANG

resipi cakoi lembut

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung roti
  • 1/4 camca teh yis segera
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat
  • 1 camca besar minyak (contoh: Mazola)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam satu bekas, masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau sehingga semua bahan larut dan sebati.
  2. Dalam bekas lain, campurkan tepung roti, yis segera dan soda bikarbonat. Gaul kering terlebih dahulu, kemudian buat lubang di tengah adunan.
  3. Tuangkan campuran air tadi ke dalam lubang tersebut. Gaul hingga menjadi adunan, kemudian uli sehingga sebati.
  4. Pindahkan doh ke atas permukaan yang ditabur sedikit tepung. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  5. Bahagikan doh kepada dua bahagian dan bentukkan memanjang (lebih kurang 40 cm). Tutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam untuk proses pengembangan.
  6. Tip: Letakkan doh berhampiran peti ais (bukan dalam) supaya suhu sedikit suam, ini bantu doh naik dengan lebih baik.
  7. Selepas 1 jam, tekan doh dan ratakan sedikit. Potong kepada kepingan kecil (lebih kurang 1 cm tebal dan 2 cm panjang).
  8. Susun dua kepingan doh dan tindihkan. Tekan bahagian tengah supaya melekat.
  9. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  10. Ambil doh yang telah dicantum, tarik sedikit memanjang (boleh guna chopstick untuk bantu), kemudian goreng dalam minyak panas. Goreng sehingga keemasan. Balikkan apabila cakoi mula terapung supaya ia kembang dengan sekata.

Sumber: Rozita Abdullah

Baca juga: Mudah Saja Cara Buat Dumpling Ayam Homemade, Kukus Sedap Goreng Pun Layan!

The post Cara Buat Cakoi Lembut & Bersarang Cantik Macam Gerai, Ini Resipi Menjadi Yang Ramai Dah Cuba! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!